More

    Samsung Galaxy Tab A9 dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz dan bateri 7,040mAh bermula RM899

    Pada awal bulan ini, Samsung melancarkan siri Galaxy Tab A9, tetapi ia mengambil sedikit masa untuk peranti ini tiba ke pasaran Malaysia. Hari ini, Samsung Malaysia telah mengesahkan bahawa siri Galaxy Tab A9 kini boleh didapati dengan beberapa tawaran percuma yang terhad.

    Galaxy Tab A9 hadir dengan paparan 8.7 inci manakala Galaxy Tab A9+ pula pada 11 inci. Tab A9+ menawarkan kadar segar semula 90Hz, empat pembesar suara Dolby Atmos dan penyambungan 5G manakala Tab A9 mempunyai dua pembesar suara dan sambungan LTE. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan bateri 7,040mAh, RAM 4GB dan storan 64GB dengan pilihan untuk menambah storan menggunakan kad mikroSD sehingga 1TB.

    Dalam pada itu, Galaxy Tab A9+ memperkenalkan ciri pelbagai tugas mirip komputer PC dengan Samsung DeX dan membenarkannya untuk dihubungkan kepada tiga skrin serentak, menjadikan ia mudah untuk memindahkan kandungan antara peranti mudah alih, TV dan monitor melalui Quick Share.

    Berkenaan promosi barangan percuma, pembelian siri Galaxy Tab A9 akan memberikan anda langganan Viu Premium percuma selama tiga bulan (bernilai RM29.90), diskaun sehingga 30% untuk pembelian Samsung Care+ dan aksesori Samsung terpilih.

    Berikut adalah butiran harga untuk siri Galaxy Tab A9:

    • Galaxy Tab A9 LTE (4GB | 64GB) – RM899
    • Galaxy Tab A9+ WiFi (4GB | 64GB) – RM1,099
    • Galaxy Tab A9+ 5G (4GB | 64GB) – RM1,649

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh mengunjungi pautan yang disediakan di sini. Beri pendapat anda di Facebook  dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured