More

    Samsung Galaxy Tab Active3 dilancar: Tablet taraf tentera untuk tugas lasak di lapangan

    Samsung Electronics telah melancarkan tablet Galaxy Tab Active3, sebuah tablet yang direka khas untuk para pengguna profesional yang bergantung pada tablet mereka untuk kerja-kerja di lapangan. Ciri utama tablet ini adalah pada rekaan luarannya yang mempunyai sarung khas untuk menahan impak jatuh setinggi 1.5 meter.

    Tablet tersebut mempunyai pengiktirafan tentera MIL-STD-810H yang bermaksud ia boleh berfungsi dalam situasi yang amat lasak dan sukar. Skrinnya juga mempunyai sensitiviti sentuh (Touch Sensitivity) yang lebih tinggi bagi memudahkan penggunaan sewaktu memakai sarung tangan. Di samping itu, tablet tersebut mempunyai rating kalis air dan debu IP68 agar ia boleh dipakai di pelbagai jenis lapangan.

    Daripada segi spesifikasi, tablet lasak ini dilengkapi cipset Exynos 9810, skrin TFT LCD 8.0 inci dengan resolusi 1920×1200, RAM 4GB, storan sehingga 128GB, bateri 5,050mAh, pengecasan pantas kamera 13MP dan kamera swafoto 5MP. Ia turut mempunyai S Pen untuk memudahkan tugas pengguna di lapangan. Daripada segi sistem operasi, ia mempunyai Android 10 dan akan menerima tiga kemas kini Android yang utama pada masa hadapan.

    Tiada harga atau maklumat tentang keberadaannya di Malaysia diberikan, namun Samsung mengatakan ia akan dijual mulai hari ini di pasaran terpilih dalam Eropah dan Asia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Newsroom

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured