More

    Samsung Galaxy Tab S10 Lite diumum untuk pasaran Malaysia: Skrin 10.9″, bateri 8,000mAh

    Samsung Malaysia hari ini melancarkan tablet mampu milik Samsung Galaxy Tab S10 Lite untuk para pelanggan yang inginkan tablet bersaiz besar namun masih dijual pada harga murah.

    Tablet ini mempunyai skrin TFT LCD berukuran 10.9 inci dengan kadar segar semula 90Hz yang sempurna untuk pelbagai kegunaan seperti melayari laman web, menonton filem dan banyak lagi. Walaupun dengan saiz yang besar, skrin ini mempunyai kecerahan puncak 600 nits sahaja jadi ia mungkin agak sukar digunakan bawah cahaya matahari terik.

    Baterinya pula berkapasiti 8,000mAh dan menyokong kadar pengecasan pantas 25W. Sistem operasinya menggunakan Android 15 dengan One UI 7.0 dan akan menerima kemas kini selama tujuh tahun.

    Turut disertakan bersama tablet ini adalah stilus S Pen yang boleh digunakan untuk menulis atau melakar pada permukaan skrin. Tablet ini mempunyai fungsi Handwriting Help untuk mencantikkan tulisan tangan dan Solve Math untuk menyelesaikan masalah matematik.

    Ia turut mempunyai beberapa fungsi AI seperti Circle to Search with Google yang memudahkan pencarian maklumat tentang imej yang dipaparkan pada skrin. Jika anda mendapatkan Book Cover Keyboard, ia mempunyai kekunci khas Galaxy AI Key untuk akses pantas kepada bantuan AI bagi mencari idea-idea kreatif dan bantuan umum.

    Tablet ini didatangkan dengan beberap aplikasi yang disiap pasang, seperti Goodnotes (dengan langganan 1 tahun percuma untuk versi penuh), Clip Studio Paint (dengan langganan percuma selama 6 bulan), LumaFusion (dengan langganan Creator Pass percuma selama 1 bulan), Notion, Noteshelf 3, ArcSite, Sketchbook dan Picsart.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuknya:

    • Skrin TFT LCD 10.9 inci, resolusi 2112×1320, kadar segar semula 90Hz, kecerahan puncak 600 nits
    • Cipset Exynos 1380
    • RAM 6GB
    • Storan dalaman 128GB, storan microSD sehingga 2TB
    • Kamera belakang 8MP
    • Kamera hadapan 5MP
    • Bateri 8,000mAh
    • Pengecasan pantas 25W
    • Pembesar suara stereo Dolby Atmos
    • Sistem operasi Android 15 dengan One UI 7.0
    • Sokongan Wi-Fi 6, Bluetooth 5.3
    • Pilihan warna kelabu, perak dan merah
    • Ukuran 165.8 x 254.3 x 6.6mm, berat 524 gram

    Samsung Malaysia masih belum mengumumkan harga untuk tablet ini, namun ia akan mula dijual pada 19 September 2025. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    "
    "

    Sumber: Samsung Malaysia

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...