More

    Samsung Galaxy Tab S6 Lite dijual dengan diskaun RM200 sepanjang September 2024

    Sempena musim kemerdekaan pada bulan Ogos dan September ini, Samsung Malaysia sedang menganjurkan promosi khas untuk tablet Samsung Galaxy Tab S6 Lite. Jika anda membelinya sebelum 30 September 2024, anda akan menerima rebat khas Merdeka Instant Rebate sebanyak RM200 dan bermaksud anda boleh belinya pada harga serendah RM1,299 (harga asal RM1,499).

    Galaxy Tab S6 Lite merupakan sebuah tablet 10.4 inci yang dilancar pada bulan Mei lalu untuk pasaran Malaysia. Skrinnya mempunyai panel LCD dengan resolusi 2000×1200 dan nisbah aspek 15:9 yang membuatkannya sesuai untuk tontonan filem, membaca dokumen atau melayari laman web.

    Skrin ini juga menyokong pengguna S Pen untuk kerja-kerja ilustrasi dan ia boleh dilekatkan secara magnetik kepada bahagian sisi tablet.

    Spesifikasi dalamannya terdiri daripada cipset Exynos 1280 2.4GHz, RAM 4GB, storan dalaman 128GB (boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB) dan bateri 7,040mAh. Sistem operasinya adalah Android 14 dengan sistem keselamatan Samsung Knox.

    Untuk audio, ia mempunyai dua pembesar suara dan terdapat juga bicu audio 3.5mm jika anda berminat untuk pengalaman audio yang lebih peribadi.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang Galaxy Tab S6 Lite atau Galaxy Tab S6 Lite (LTE). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured