More

    Samsung Galaxy Tab S7 FE dan Tab A7 Lite dilancar : Sokongan 5G, bateri 10,090mAh, harga bermula ~RM689

    Terbaru, Samsung telah melancarkan dua model dari barisan tablet mereka iaitu Galaxy Tab S7 FE dan juga Galaxy Tab A7 Lite. Kedua-dua peranti ini telah dilancarkan di pasaran Eropah dengan spesifikasi yang menarik seperti cipset 5G, pembesar suara stereo dan lebih lagi. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti baru dari Samsung.

    Samsung Galaxy Tab S7 FE 5G

    • Skrin 12.4 inci TFT LCD 60Hz beresolusi 2560 x 1600 piksel
    • Antara muka One UI 3.1 atas perisian Android 11
    • Ditawarkan dengan S Pen
    • Menyokong mod DeX
    • Cipset Snapdragon 750G 5G
    • Pilihan RAM 4/6GB + storan 64/128GB + microSD (sehingga 1TB)
    • Bateri 10,090 mAh yang menyokong cas pantas 45W
    • Sokong 5G, Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0 dan GPS
    • Port USB-C 3.2 Gen 1, tiada bicu audio 3.5mm
    • Pembesar suara stereo AKG dengan sokongan Dolby Atmos
    • Kamera utama 8MP dengan rakaman video 4K 30fps
    • Kamera hadapan 5MP dengan penjejakan muka

    Samsung Galaxy Tab A7 Lite

    • Skrin 8.7 inci LCD beresolusi 1340 x 800 piksel
    • Tidak menyokong mod DeX
    • Cipset Mediatek Helio P22T
    • Pilihan RAM 3/4GB + storan 32/64GB + microSD (sehingga 1TB)
    • Bateri 5,100 mAh yang menyokong cas pantas 15W
    • Sokong Wi-Fi 5, Bluetooth 5.0 dan GPS
    • Port USB-C 2.0 dan bicu audio 3.5mm
    • Pembesar suara stereo dengan sokongan Dolby Atmos
    • Kamera utama 8MP dengan rakaman video 1080P 30fps
    • Kamera hadapan 2MP

    Galaxy Tab S7 FE 5G ditawarkan pada tanda harga GBP 589 (~RM3,461) manakala Galaxy Tab A7 Lite pada USD 159 (~RM659). Buat masa ini tiada berita mengenai kehadiran peranti ini ke pasaran Malaysia.

    Adakah anda berminat dengan peranti ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured