More

    Samsung Galaxy Watch FE kini tersedia di Malaysia dengan harga RM799, diskaun RM150 untuk pembelian dalam talian

    Samsung Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran Galaxy Watch FE yang tersedia dalam tiga warna iaitu Emas Merah Jambu, Hitam dan Perak berharga RM799. Ia tersedia dalam saiz 40mm sahaja dengan paparan Super AMOLED 1.2 inci menggunakan kaca nilam dan sarungnya diperbuat daripada aluminium.

    Untuk sambungan, ia menyokong Bluetooth 5.3, WiFi, NFC dan GPS. Terdapat juga lebih 100 senaman berbeza untuk dipilih oleh pengguna. Galaxy Watch FE menampilkan cipset Exynos W920, RAM 1.5GB dan storan 16GB. Baterinya berkapasiti 247mAh dan antara muka One UI 5 dengan Wear OS.

    Terdapat juga penarafan rintangan air dan habuk IP68, kalis air sehingga 5ATM serta gred MIL-STD-810H. Dilengkapi dengan Sensor BioActive termaju Samsung, Galaxy Watch FE menyediakan pelbagai fungsi kecergasan dan kesihatan yang menyampaikan tips yang diperibadikan serta pemantauan sepanjang masa.

    Selain itu, ia menawarkan pelbagai ciri tidur lanjutan iaitu daripada memantau corak tidur kepada bimbingan tidur dan membantu mewujudkan persekitaran yang mesra tidur. Selain itu, pengguna boleh memantau kesihatan jantung mereka dengan sekumpulan ciri pemantauan kesihatan jantung.

    Galaxy Watch FE menawarkan Amaran HR untuk mengesan kadar jantung tinggi atau rendah yang luar biasa serta ciri Pemberitahuan Irama Jantung Tidak Teratur (IHRN) untuk memantau secara proaktif irama jantung yang menunjukkan fibrilasi atrium (Afib).

    Pengguna juga boleh mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang kesihatan jantung mereka dengan memantau Tekanan Darah dan ECG. Menariknya, dari 19 Julai 2024 hingga 31 Ogos 2024, anda boleh mendapat diskaun sebanyak RM150 apabila anda membeli Galaxy Watch dalam talian di laman rasmi Samsung dengan setiap pembelian peranti Samsung terpilih.

    Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galaxy Watch FE, anda boleh boleh klik di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Samsung Galaxy Watch FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    DJI Mic Mini 2S tiba di Malaysia dengan rakaman 32-Bit, pembatalan hingar AI dan...

    DJI melancarkan mikrofon wayarles kompak terbaharu iaitu DJI Mic Mini 2S untuk pasaran Malaysia. Ia direka khusus untuk pencipta kandungan, pengatur cara...

    RHB Pay dilancar — Terima kad, FPX dan DuitNow Pay dalam satu platform

    RHB Bank Berhad secara rasmi melancarkan RHB Pay yang merupakan gerbang pembayaran dalam talian bersatu pertama yang dibangunkan, dimiliki dan dikendalikan sepenuhnya...

    Google hentikan khidmat Google Assistant mulai 4 September ini

    Google mengumumkan penamatan perkhidmatan Google Assistant pada peranti mudah alih dan peranti boleh pakai bermula 4 September 2026. Mereka telah mula menghantar...

    HONOR Watch 6 dilancar di Malaysia dengan GPS dwi jalur, NFC dan bateri 35...

    HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan jam tangan pintar HONOR Watch 6 untuk pasaran tempatan dengan menawarkan bateri berkapasiti 980mAh yang mampu bertahan...

    CMF Clip Pro rasmi sebagai fon telinga “open-ear” pertama, sokong LDAC dan bateri 32.5...

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan CMF Clip Pro sebagai peranti fon telinga terbuka (open-ear) pertama dalam barisan produk mereka. Fon telinga ini menggunakan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...