More

    Samsung Galaxy Watch seterusnya kini dalam proses pengiktirafan

    Model Samsung Galaxy Watch yang seterusnya sudah pun berada dalam senarai pengiktirafan oleh Kementerian Industri dan Teknologi Informasi China (CMIIT) dan terdapat beberapa maklumat menarik tentang peranti boleh pakai tersebut.

    Nombor model untuk Galaxy Watch seterusnya adalah SM-R840/845 dan SM-R850/855, di mana perbezaan pada kedua-dua varian mungkin adalah saiz skrin. Peranti tersebut dilengkapi dengan perhubungan Wi-Fi 2.4GHz dan Bluetooth, namun bagi model yang berakhir dengan nombor 5, ia mungkin turut dilengkapi pehubungan LTE.

    Ia juga akan dilengkapi storan dalaman 8GB, dua kali ganda lebih tinggi daripada Galaxy Watch sebelum ini. Baterinya juga adalah 330mAh, lebih tinggi sedikit berbanding Galaxy Watch (42mm) sebelum ini namun lebih rendah daripada Galaxy Watch (46mm).

    Tiada maklumat lanjut diketahui tentang Galaxy Watch tahun ini. Ia dijangkakan akan dilancarkan bersama siri Galaxy Note 20 lewat tahun ini. Beritahu kami di Facebook jika peranti ini berada dalam radar anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SAMMobile

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured