More

    Samsung Galaxy XCover 5 dilancar di Malaysia: Telefon tahan lasak untuk kerja lapangan

    Samsung Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar Samsung Galaxy XCover 5 iaitu sebuah peranti unik yang dilengkapi pelbagai ciri-ciri tahan lasak dan membenarkannya untuk digunakan dalam situasi bahaya dan agresif. Telefon ini mempunyai skrin LCD berukuran 5.3 inci dengan resolusi HD+ (1480×720) dan badan yang membenarkannya untuk tahan impak yang tinggi.

    Galaxy XCover 5 boleh tahan impak jatuh setinggi 1.5 meter dan dilengkapi rating kalis air IP68 di mana ia boleh tenggelam sedalam 1.5 meter selama 30 minit. Skrinnya juga menyokong fungsi Glove Touch di mana pengguna masih boleh menggunakan gajet ini sambil memegang sarung tangan.

    Daripada segi spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Exynos 850, RAM 4GB, storan 64GB dan bateri 3,000mAh. Di belakang, ia mempunyai satu kamera 16MP yang menyokong fungsi Live Focus dan Samsung Knox Capture manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 5MP.

    Ia turut dilengkapi keselamatan Samsung Knox untuk meyakinkan pengguna bahawa segala maklumat sulit adalah selamat dalam telefon ini. Ia turut menyokong fungsi yang memudahkan tugasan kerja seperti fungsi walkie-talkie dalam Microsoft Teams, kunci XCover Key untuk mengakses aplikasi penting dengan cepat, dwi-lampu suluh LED di sebelah kamera dan cip NFC untuk membenarkannya digunakan sebagai dompet atau kad pengangkutan.

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang peranti tahan lasak ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured