More

    Samsung Galaxy Z Flip4 bakal dilancar, mungkin miliki cipset SD 8+ Gen 1, RAM 8GB & bateri 3,700mAh

    Kurang daripada sebulan lagi untuk pelancaran rasmi Samsung Galaxy Z Flip4. Beberapa spesifikasi Galaxy Z Flip4 telah didedahkan memberi gambaran yang lebih jelas mengenai telefon pintar boleh lipat Samsung bagi tahun 2022.

    Sumber mendakwa bahawa Samsung Galaxy Z Flip4 akan menggunakan pengendalian One UI 4 berasaskan Android 12 dan cipset Snapdragon 8+ Gen 1. Ia membawa RAM 8GB dan dua pilihan storan iaitu 128GB dan 256GB. Ini selaras dengan penyenaraian Geekbench di mana telefon pintar itu dikesan dengan cipset Snapdragon 8+ Gen 1, RAM 8GB dan Android 12.

    Sebelum ini, terdapat sumber lain pernah mendakwa bahawa Samsung Galaxy Z Flip4 akan hadir dengan bateri 3,400 mAh. Maklumat terkini pula mengatakan telefon pintar tersebut akan memuatkan bateri 3,700 mAh dengan sokongan pengecasan wayarles 25W dan 10W.

    Galaxy Z Flip4 akan menampilkan paparan AMOLED 6.7 inci dengan resolusi FHD+ 120Hz. Paparan hadapan menunjukkan lubang tebuk di tengah untuk kamera swafoto 10MP. Skrin AMOLED di bahagian yang lebih besar berukuran 2.1 inci lebih besar berbanding Samsung Galaxy X Flip3 dengan ukuran 1.9 inci. Ia akan disertai oleh kamera utama 12MP dan ultralebar 12MP.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured