More

    Samsung Galaxy Z Flip5 dan Fold5 bawa reka bentuk lebih langsing dan ringan

    Acara Samsung Galaxy Unpacked kedua semakin hampir dan Ketua Perniagaan Samsung MX Dr TM Roh berkongsi sedikit maklumat tentang Samsung Galaxy Z Flip5 dan Fold5.

    Dalam bilik berita rasmi, Roh mengatakan bahawa pasukan Samsung telah membuat siri Galaxy Z terbaru membangunkan lebih langsing dan ringan daripada generasi sebelumnya. Kenyataan ini lebih fokus pada meningkatkan standard untuk ergonomik telefon pintar boleh lipat sebanyak satu milimeter. Baliau turut mengatakan bahawa “setiap gram dan milimeter dalam peranti boleh lipat memerlukan kejayaan kejuruteraan”.

    Selain itu, dia juga membayangkan “pengalaman kamera paling fleksibel dalam Samsung Galaxy”. Kami tidak pasti sejauh mana ia boleh menjadi fleksibel, memandangkan telefon boleh lipat untuk empat generasi yang lalu adalah lebih kurang sama. Tetapi kita boleh “menangkap gambar pada sudut yang sempurna, bebas tangan” serta mempunyai pengalaman berbilang tugas yang dipertingkatkan seperti PC yang merujuk kepada Galaxy Z Fold.

    Sebagai peringatan, peminat Samsung Malaysia boleh menonton strim langsung pada 26 Julai 2023, jam 7.00 malam. Strim langsung akan diadakan di laman web rasmi Samsung, YouTube, Facebook dan bilik berita syarikat itu.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured