More

    Samsung Galaxy Z Flip7 Olympic Edition diperkenal, eksklusif untuk atlet Olimpik 2026

    Samsung hari ini mengumumkan Galaxy Z Flip7 Olympic Edition sempena Sukan Olimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026 yang akan berlangsung dari 4 hingga 22 Februari 2026. Peranti edisi khas ini merupakan kesinambungan tradisi Samsung menghasilkan telefon pintar khas untuk acara Olimpik dan akan diberikan secara percuma kepada hampir 3,800 atlet dari kira-kira 90 negara yang bertanding.

    Galaxy Z Flip7 Olympic Edition tampil dengan rekaan eksklusif yang meraikan penyertaan atlet Olimpik dan Paralimpik termasuk kemasan biru khas yang diinspirasikan oleh identiti Milano Cortina 2026 serta warna biru Itali. Bingkai logam berwarna emas pula melambangkan pencapaian, kecemerlangan dan detik podium atlet.

    Peranti ini turut disertakan dengan sarung lutsinar bermagnet yang menampilkan motif daun laurel emas sebagai simbol kemenangan. Ia hadir dengan kertas dinding eksklusif serta beberapa aplikasi penting yang diprapasang untuk menyokong atlet sepanjang kejohanan. Antaranya termasuk Galaxy Athlete Card untuk interaksi digital sesama atlet, Athlete365 bagi sokongan prestasi dan kesihatan mental selain aplikasi rasmi Olimpik, IOC Hotline dan PinQuest.

    Samsung juga menyediakan eSIM 5G dengan data 100GB kepada atlet bagi memudahkan akses internet sepanjang masa. Edisi ini tidak dijual kepada umum dan hanya tersedia dalam jumlah yang sangat terhad. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...