More

    Samsung Galaxy Z Fold2 Lite mungkin akan dijual pada harga ~RM6,640

    Samsung baru sahaja melancarkan telefon pintar lipat Galaxy Z Fold2 baru-baru ini yang akan dijual pada harga US$1,999. Kini berita tentang varian yang lebih murah untuk telefon itu, Galaxy Z Fold2 Lite, telah pun muncul dalam media. Ia mungkin akan dijual pada harga yang lebih murah daripada Fold2 namun ia masih sebuah flagship yang agak mahal.

    Galaxy Z Fold2 Lite dilapor akan dilengkapi cipset Exynos 9825, RAM 12GB dan storan dalaman 256GB. Skrin utamanya kecil sedikit berbanding Fold2, berukuruan 7.2 inci dengan resolusi Full HD+ dan dibuat dengan teknologi Ultra-Thin-Glass (UTG). Skrin hadapan juga lebih kecil berbanding Fold2 dan hanya digunakan untuk menunjukkan pemberitahuan.

    Galaxy Z Fold2 Lite dijangka akan dijual pada harga US$1,600 (~RM6,640), menjadikannya setaraf dengan Galaxy Z Flip yang dijual pada harga RM5,888. Namun berita ini bukanlah maklumat yang rasmi daripada Samsung.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki varian Galaxy Z Fold2 yang lebih rendah dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Gizchina

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...