More

    Samsung Galaxy Z Fold3 dikesan dalam pengiktirafan TENAA, lebih nipis daripada Fold2

    Samsung dijangka akan menganjurkan acara Galaxy Unpacked seterusnya pada 11 Ogos, di mana dua telefon lipat baharu akan dilancar iaitu Samsung Galaxy Z Fold3 dan Samsung Galaxy Z Flip3. Kedua-dua peranti telah pun dikhabarkan secara meluas baru-baru ini dan kini Fold3 sudah pun dikesan dalam pengiktirafan TENAA dari China.

    Galaxy Fold3 dengan nombor model SM-F9260 bakal mempunyai ketebalan 6.4mm apabila ia tidak dilipat, menjadikannya lebih nipis berbanding Fold2 yang mempunyai ketebalan 6.9mm. Ia mempunyai ukuran 128.1 x 158.2 x 6.4mm apabila skrin dibuka sepenuhnya.

    TENAA juga mengatakan ia mempunyai skrin luaran 6.2 inci dan bateri 4,500mAh. Engsel telefon Fold3 dikhabarkan telah pun diperbaharui berbanding model tahun lepas, di mana ia mengurangkan ruang udara di dalamnya untuk mengecilkan bentuk keseluruhan engsel tersebut.

    Sebelum ini, rupa telefon ini telah pun didedahkan bersama lain-lain produk Samsung yang dijangka akan dilancar pada 11 Ogos.

    Galaxy Z Fold3 dijangka akan dilengkapi spesifikasi andalan seperti cipset Snapdragon 888, skrin utama AMOLED 7.55 inci 120Hz dan RAM 12GB. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: My Fix Guide

     

    Artikel Terkini

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Apple umum HomeView, HomePod mini 2 dan Apple TV 4K baharu — Bermula RM649

    Apple rasmi memperkenalkan barisan peranti rumah pintar baharu yang merangkumi hub smart home Apple HomeView, pembesar suara HomePod mini 2 dan peranti...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...