More

    Samsung Galaxy Z Fold4 5G dilancar di Malaysia: Skrin lipat AMOLED 7.6″, SD 8+ Gen 1 bermula RM6,799

    Pada hari ini, Samsung telah melancarkan telefon lipat terbaru dalam siri Galaxy Fold iaitu Samsung Galaxy Z Fold4 5G. Seperti peranti-peranti Galaxy Fold pada tahun lalu, telefon ini dilengkapi skrin lipat berukuran 7.6 inci yang sesuai untuk digunakan secara multi-tugas (multi-tasking).

    Dengan skrinnya yang sangat besar, Galaxy Z Fold4 adalah peranti pertama yang dilengkapi sistem operasi khas Android 12L yang telah dicipta oleh Google untuk penggunaan skrin besar dengan lebih efektif.

    Telefon ini dilengkapi fungsi Taskbar yang menyediakan antara muka (UI) seperti dalam PC untuk mengakses aplikasi kegemaran dengan pantas. Fungsi multi-tugas juga boleh digunakan dengan beberapa leretan jari (swipe gestures) yang baharu pada skrin untuk bertukar di antara aplikasi skrin penuh (full-screen), separuh skrin atau tetingkap timbul (pop-up windows).

    Pengguna Galaxy Z Fold4 boleh menikmati fungsi baharu dalam aplikasi-aplikasi Google. Chrome dan Gmail kini menyokong fungsi drag-and-drop, manakala para pengguna Google Meet boleh melakukan banyak aktiviti bersama-sama seperti menonton video YouTube atau bermain game.

    Untuk kegunaan produktiviti pula, aplikasi Microsoft Office dan Outlook menyediakan fungsi-fungsi baharu untuk memanfaatkan skrin besar pada Fold4. Skrin telefon ini turut menyokong penggunaan stilus S Pen.

    Telefon ini juga dilengkapi cipset andalan Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 untuk prestasi terpantas pada waktu ini. Kameranya juga telah dinaik taraf berbanding Fold3, di mana Fold4 mempunyai kamera utama 50MP yang boleh lakukan Space Zoom sehingga 30x.

    Untuk kamera swafoto pula, telefon ini mempunyai dua kamera swafoto di mana satu diletakkan pada skrin luaran, manakala satu lagi kamera swafoto berada pada skrin utama. Ia adalah sebuah Under Display Camera yang bermaksud ia disembunyikan di sebalik skrin dan lebih sukar dilihat berbanding pada skrin Fold3.

    Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Galaxy Z Fold4 5G:

    "
    "
    • Skrin Foldable Dynamic AMOLED 2X berukuran 7.6 inci dengan kadar segar semula 120Hz sokongan HDR10+
    • Skrin luaran Dynamic AMOLED 2x 120Hz berukuran 6.2 inci
    • Dibina dengan kaca Corning Gorilla Glass Victus dan Ultra Thin Glass
    • Rekaan Armor Aluminium
    • Cipset Snapdragon 8+ Gen 1
    • RAM 12GB
    • Storan UFS 3.1 256GB, 512GB atau 1TB
    • Kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 12MP + kamera zum optikal 3x 12MP
    • Kamera swafoto 10MP (skrin luaran) + kamera swafoto 4MP Under Display Camera (skrin utama)
    • Bateri 4,400mAh
    • Pengecasan pantas 25W, pengecasan wayarles 10W
    • Sistem operasi OneUI 4.1
    • Rating kalis air IPX8
    • Pilihan warna Gray Green, Phantom Black, Beige, Burgundy
    • Harga:
      • 12GB+256GB: RM6,799
      • 12GB+512GB: RM7,299
      • 12GB+1TB: RM8,299

    Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut dan pembelian. Khas buat para pembaca TechNave, apabila anda ingin membuat pra-tempahan untuk telefon ini, anda boleh gunakan kod promosi TNGZF4VIP sewaktu pembayaran dan anda boleh dapatkan pengecas Super-Fast Wireless Charger Duo (bernilai RM369) secara percuma. Promosi ini akan berlangsung sehingga 1 September 2022 dan tertakluk kepada stok.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured