More

    Samsung Galaxy Z Fold7 dan Z Flip7 kini lebih mampu milik – Ini cara nak dapatkan! 

    Dalam dunia teknologi yang serba pantas, memiliki peranti yang memenuhi gaya hidup dinamik bukan lagi satu kemewahan tetapi ia satu keperluan. Samsung faham peminatnya dan tahun ini, mereka kembali dengan pelancaran yang dinanti-nantikan untuk peranti Galaxy Z Fold7, Z Flip7 dan Z Flip7 FE.

    Apa yang menarik bukanlah sekadar reka bentuk atau ciri baharu, tetapi bagaimana lebih ramai pengguna kini boleh memiliki siri Galaxy Z dengan cara yang lebih bijak dan berbaloi.

    Untuk yang setia dengan Galaxy Z – Ada ganjaran istimewa!

    Jika anda pernah menggunakan model Galaxy Z sebelum ini seperti Flip4/5/6 atau Fold4/5/6, anda mungkin layak menyertai program Galaxy Forever. Melalui program ini, pengguna sedia ada boleh trade-in peranti lama dan naik taraf ke model terkini. Mudah dan berbaloi.

    Bukan itu sahaja, pembelian Z Fold7 atau Z Flip7 dari Samsung.com atau stor fizikal juga melayakkan anda menebus Samsung Care+ selama 3 tahun secara percuma iaitu perlindungan tambahan yang memberi ketenangan untuk jangka masa panjang. Berikut adalah cara-cara untuk menebusnya:

    • Beli mana-mana model baharu yang layak sepanjang tempoh promosi. 
    • Buka aplikasi Samsung Members. 
    • Tekan banner promosi dan pilih “Redeem Now!”. 
    • Selepas pembelian, log masuk ke aplikasi Samsung Members pada peranti baharu menggunakan akaun Samsung yang sama. 
    • Aktifkan Samsung Care+ dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.

    Baru nak cuba foldable? Ada banyak insentif untuk anda

    Untuk mereka yang ingin beralih ke peranti boleh lipat buat kali pertama sama ada dari jenama lain atau model Samsung biasa, Samsung turut menawarkan promosi storan dua kali ganda bernilai rm600 apabila membeli salah satu model baharu ini. Promosi tersedia di Samsung.com dan Samsung Experience Store (SES).

    Lebih menarik, pembelian Fold7 atau Flip7 juga membolehkan anda menikmati diskaun hingga 30% untuk 2 unit Galaxy Tab dan 2 unit peranti boleh pakai Samsung. Nak tambah aksesori? Anda juga boleh beli sehingga 3 aksesori Samsung terpilih dengan diskaun 30%.

    Trade-in dan ganjaran tambahan

    Ada telefon lama yang masih elok tapi tidak digunakan? Samsung kini beri rebat hingga RM500 untuk trade-in mana-mana peranti lama dan tidak semestinya Galaxy Z. Ini terbuka untuk semua, sama ada anda beli secara dalam talian atau di kedai.

    Bagi pemegang kad CIMB, Samsung menawarkan baucar bernilai sehingga RM400 eksklusif untuk pembelian di kedai fizikal. Dan jika anda mahukan ruang storan lebih besar, Samsung juga menawarkan peningkatan storan berganda secara percuma.

    "
    "

    Samsung cuba memperluaskan akses kepada teknologi boleh lipat yang dahulunya dianggap eksklusif. Sama ada anda pengguna lama atau baru, ada banyak insentif yang membuatkan Galaxy Z Fold7 dan Flip7 lebih masuk akal untuk dimiliki. Promosi ini berlangsung hingga 30 September 2025. Jadi, inilah masa terbaik untuk anda tukar kepada peranti terkini!

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tawaran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja]

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...