More

    Samsung Galaxy Z TriFold diumum, telefon lipat tiga bahagian dengan skrin 10 inci

    Samsung hari ini mengumumkan telefon lipat terbaru yang sangat inovatif iaitu Samsung Galaxy Z TriFold. Berbeza dengan siri Galaxy Z Fold sebelum ini yang boleh dilipat kepada dua bahagian sahaja, Galaxy Z TriFold mempunyai skrin panjang yang boleh dilipat kepada tiga bahagian.

    Ia merupakan telefon Samsung pertama dengan dua engsel bagi membenarkannya dilipat kepada tiga bahagian. Apabila tidak dibuka, ia mempunyai rekaan mirip telefon biasa dengan skrin luar berukuran 6.5 inci, panel Dynamic AMOLED dan resolusi FHD+ (2520×1080). Skrin luarannya terletak di bahagian tengah.

    Apabila skrinnya dibuka, ia berukuran 10.0 inci dengan panel Dynamic AMOLED 2X dan resolusi QXGA+ (2160×1584) bagi menghasilkan pengalaman mirip tablet. Skrin utama ini dilidungi oleh lapisan yang menyerap impak bagi meningkatkan ketahanannya.

    Skrin luaran mempunyai kecerahan puncak 2,600 nits, manakala skrin lipatnya pula mempunyai kecerahan puncak 1,600 nits sahaja. Kedua-dua skrin mempunyai kadar segar semula adaptif 120Hz. Daripada segi ukuran, apabila skrinnya dibuka sepenuhnya, ia mempunyai ketebalan senipis 3.9mm sahaja.

    Bagi menyokong struktur tri-lipat, Samsung mencipta dua engsel yang berbeza (berdasarkan sistem engsel dwi-landasan titanium) bagi menghasilkan lipatan yang lancar dan kekal utuh walaupun selepas penggunaan yang lama.

    Untuk spesifikasi, ia menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite Mobile Platform for Galaxy (3nm) yang direka khas untuk hasilkan prestasi pantas dalam sebuah telefon lipat yang nipis. Dengan cipset tersebut, ia sesuai digunakan untuk kegunaan multi-tugas, gaming, produktiviti dan penukaran aplikasi yang lancar.

    Skrin 10 inci ini juga menawarkan fungsi multi-tugas yang diperbaharui, menjadikannya seperti sebuah tablet kecil apabila ia dibuka.

    Ia mempunyai kapasiti RAM 16GB dan storan dalaman 512GB atau 1TB. Walaupun dengan rekaan nipis, ia masih mempunyai bateri 5,600mAh yang diratakan sepanjang telefon ini. Ia juga menjadikannya telefon lipat Samsung dengan kapasiti bateri terbesar setakat ini.

    "
    "

    Kameranya pula terdiri daripada tiga kamera di belakang iaitu kamera utama 200MP, kamera ultra-lebar 12MP dan kamera telefoto 10MP dengan zum optikal 3x, manakala untuk kamera hadapan pula terdapat dua, satu untuk setiap skrin.

    Galaxy Z TriFold akan dilancar di Korea Selatan pada 12 Disember 2025, kemudian ia akan dilancar di China, Taiwan, Singapura, Emiriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat. Setakat ini masih tiada maklumat mengenai keberadaannya di Malaysia.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured