More

    Samsung hasilkan Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon, miliki pembungkusan istimewa

    Samsung telah memberikan keseronokan kepada peminat tegar Pokemon dengan menghasilkan Samsung Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon yang akan diumumkan di Korea Selatan. Galaxy Z Flip3 Edisi Pokemon baharu akan diumumkan pada 24 April dan mereka yang berminat untuk mendapatkannya boleh daftar melalui laman rasmi Samsung.

    Edisi istimewa ini akan dijual dalam kuantiti terhad secara eksklusif melalui kedai dalam talian Samsung Korea. Namun, maklumat harga masih belum diumumkan. Samsung mengatakan bahawa ini merupakan kerjasama terbaik yang pernah dilakukan mereka.

    Edisi istimewa ini hadir dalam kotak merah yang besar di mana dalamnya mempunyai kotak bertema Poke ball yang lebih kecil untuk Galaxy Z Flip 3. Selebihnya, kandungan kotak mempunyai sarung gantung Pokemon khas, sarung lut sinar dengan pelekat Pikachu, pelekat Pokemon tambahan, soket pop Pokeball dan rantai kunci Pikachu.

    Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    Harga langganan Disney+ dan Hulu meningkat sehingga 13 peratus

    Disney mengumumkan pelarasan harga baharu bagi perkhidmatan penstrimannya merangkumi Disney+ dan Hulu dalam pasaran Amerika Syarikat. Menerusi pelarasan harga baharu, yuran bulanan...

    Qualcomm perkenal Snapdragon Sound Elite Gen 2 dengan AI terbina dalam

    Qualcomm secara rasmi memperkenalkan Snapdragon Sound Elite Gen 2 dalam acara Snapdragon Summit. Platform audio gred premium ini dibangunkan khusus untuk menyokong...

    HONOR X9e Pro rasmi di Malaysia dengan bateri 11,000mAh dan penarafan IP69K, bermula RM1,899

    HONOR secara rasmi melancarkan HONOR X9e Pro untuk pasaran Malaysia yang turut diiringi pengenalan barisan produk AIoT baharu merangkumi siri HONOR Pad...

    Sonos bawa Beam Ultra, Ace Ultra dan Sonos 27 ke Malaysia, harga bermula RM4,199

    Sonos telah memperkenalkan tiga penawaran baharu di Malaysia iaitu soundbar Beam Ultra, fon telinga premium Sonos Ace Ultra dan sistem kendalian audio...

    Xiaomi kini bukan sekadar telefon, Mijia dan EV bakal kuasai ekosistem global

    Xiaomi mengumumkan perluasan strategi ekosistem pintar Human x Car x Home di pasaran antarabangsa sempena pameran IFA 2026 di Berlin. Langkah ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured