More

    Imej promosi Samsung Galaxy Z Fold5 didedah

    Samsung secara rasmi akan melancarkan Galaxy Z Fold5 pada minggu terakhir bulan Julai pada acara Unpacked yang kedua di Seoul, Korea Selatan. Kini, imej promosi peranti didedahkan yang mungkin menunjukkan reka bentuk .Galaxy Z Fold kali ini.

    Imej promosi yang didedahkan menyatakan slogan “Unfold your world” untuk Galaxy Z Fold kali ini. Khabar angin pernah mengatakan Samsung ingin mengeluarkan engsel tanpa celah tetapi ia tidak dilihat pada Fold5. Berkemungkinan juga keluaran engsel tanpa celah akan bermula pada keluaran 2024.

    Sebelum ini, terdapat laporan mengatakan bahawa ia akan membawa penarafan kalis air dan habuk IP58. Reka bentuk yang secara keseluruhannya lebih kurang sama seperti Galaxy Z Fold4 termasuk bilangan kamera dan kedudukannya. Begitu juga kedudukan pembesar suara, butang kuasa dan kelantangan serta kehadiran S Pen.

    Berdasarkan data penyenaraian Geekbench, Galaxy Z Fold5 akan dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumbet: mysmartprice

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured