More

    Samsung kini pilih ChatGPT untuk bantu pembangunan produk dan operasi syarikat

    Samsung dan OpenAI kini mengembangkan kerjasama mereka ke peringkat baharu apabila Samsung dilaporkan akan menyediakan ChatGPT Enterprise dan Codex kepada semua pekerja di bawah Samsung Electronics. Sebelum ini, hubungan kedua-dua syarikat lebih tertumpu kepada rantaian bekalan semikonduktor dan pembangunan cip AI.

    Namun kali ini, fokus diberikan kepada penggunaan AI secara dalaman merentasi operasi syarikat. Samsung dilihat mahu mempercepatkan penggunaan AI dalam pelbagai bahagian termasuk pembangunan perisian, pemasaran, pembangunan produk, tugasan teknikal dan bukan teknikal, malah turut melibatkan proses pembuatan.

    Walaupun Codex pada asalnya dibangunkan sebagai alat bantuan pengaturcaraan, ia kini digunakan untuk lebih banyak tugasan seperti menulis, menyemak dan membaiki kod, selain membantu menyusun aliran kerja serta meningkatkan produktiviti pasukan. Menurut OpenAI, Codex kini digunakan oleh lebih 5 juta pengguna di seluruh dunia dan merekodkan pertumbuhan hampir 800% sejak 1 Februari tahun ini.

    Langkah Samsung ini juga bukan sesuatu yang asing dalam industri Korea Selatan apabila beberapa organisasi besar sudah mula mengintegrasikan teknologi OpenAI. Antaranya termasuk LG Electronics manakala Seoul National University sebelum ini turut menyediakan ChatGPT Edu kepada sekitar 47,000 pelajar dan kakitangan.

    Menarik untuk dilihat sama ada penggunaan AI secara dalaman ini akan mempercepat pembangunan produk Samsung seterusnya terutama ketika syarikat semakin agresif mempromosikan ekosistem Galaxy AI. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: OpenAI

     

    Artikel Terkini

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Tak nak beratur panjang untuk ambil ubat? KKM kini ada aplikasi baharu MyUBAT

    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menawarkan aplikasi telefon pintar MyUBAT untuk memudahkan dan mempercepatkan urusan pendaftaran serta pengambilan bekalan ubat susulan pesakit dari...

    Adakah pencetak 3D berbaloi untuk dibeli pada tahun 2026?

    Pencetak 3D kini ditawarkan pada harga lebih terjangkau berbanding sedekad lalu dengan model paras asas dijual antara RM650 hingga RM1,500 manakala model...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured