More

    Samsung komited tawarkan televisyen terbaik untuk pasaran Malaysia dan Asia Tenggara

    Sebagai sebuah jenama kelengkapan elektronik yang ternama di seluruh dunia, Samsung memberi penekanan yang sangat tinggi dalam menawarkan rangkaian televisyen yang berkualiti tinggi di seluruh dunia. Menurut kajian Samsung Southeast Asia and Oceania (SEAO) TV Awareness IFC Study, lebih ramai pengguna semakin berminat dengan teknologi televisyen terkini bagi mendapatkan kualiti imej tertinggi untuk filem, game dan pelbagai kandungan digital.

    Menurut Ketua Paparan Visual untuk Samsung Electronics Southeast Asia and Oceania, Yohan Zondak, pengguna kini ingin lebih tahu tentang pelbagai teknologi televisyen, terutamanya QLED, OLED, Neo QLED dan 8K. Berikutan itu, pengguna juga mengutamakan pengiktirafan seperti Real Quantum Dot Display oleh TÜV Rheinland bagi mendapatkan kualiti imej yang terbaik. Semua televisyen QLED Samsung yang terkini telah pun mendapat pengiktirafan ini.

    Standard tinggi untuk televisyen Samsung

    Untuk Samsung, setiap teknologi QLED perlu memenuhi tiga kriteria. Pertama, ia perlu menggunakan lapisan quantum dot yang asli, yang boleh mengawal zarah-zarah halus dan memebnarkan cahaya yang dihasilkan oleh titik kuantum untuk disebarkan dengan seragam di seluruh skrin. Ini membenarkan imej dengan putih yang lebih terang, hitam yang lebih gelap dan warna keseluruhan yang lebih bagus.

    Kedua, jumlah titik kuantum haruslah mencukupi, malah lebih tinggi daripada paras minimum yang diperlukan untuk menghasilkan imej cantik.

    Ketiga, ia tidak boleh mempunyai sebarang bahan cadmium bagi menghasilkan pengalaman yang selamat untuk para pengguna. Cadmium bukan sahaja bahaya untuk kesihatan, malah mempunyai risiko yang tinggi kepada alam sekitar. Setiap televisyen QLED Samsung kini menerima pengiktirafan bebas cadmium oleh Société Générale de Surveillance (SGS) dan Restriction of Hazardous Substances (RoHS).

    Lapisan Quantum Dot (QD) dalam televisyen Samsung telah diiktiraf sebagai bebas cadmium oleh SGS

    Pelbagai ciri-ciri inovatif untuk tingkatkan pengalaman menonton

    Selain imej yang cantik, para pengguna SEAO juga melihat pada inovasi terkini dalam mencari televisyen mereka, bagi mencari nilai yang terbaik untuk wang yang akan dibelanjakan. Samsung menyedari kenyataan ini dan telah menyediakan pelbagai inovasi yang memenuhi keperluan pengguna, termasuklah ciri-ciri pintar dan rekaan yang tahan lama.

    Antara contoh inovasi dalam televisyen Samsung adalah fungsi keselamatan siber Samsung Knox. Pada mulanya, ada yang menyoal Samsung tentang keperluan keselamatan siber dalam televisyen, namun dengan perkembangan teknologi yang semakin menyepadukan pelbagai jenis peranti, Samsung ingin menawarkan perlindungan multi-lapis bagi melindungi pengguna daripada sebarang ancaman siber.

    Selain itu, Vision AI menggunakan pemprosesan kecerdasan buatan (AI) dalaman bagi meningkatkan kualiti imej dan audio. Fungsi AI Customization Mode mengesan genre yang dipaparkan kemudian ia akan melaraskan tetapan televisyen secara automatik, bergantung kepada kegemaran pengguna.

    "
    "

    Televisyen Samsung juga boleh disepadukan dengan SmartThings bagi menukarkannya kepada hab yang boleh digunakan bersama peranti-peranti Samsung yang lain, dan menjadikannya sebahagian daripada ekosistem peribadi anda.

    Yohan berharap segala inovasi dan kualiti tinggi yang ditawarkan oleh Samsung ini akan memberi keyakinan kepada para pengguna dalam membina sistem hiburan mereka, dan Samsung akan terus komited dalam menaik taraf televisyen mereka pada masa hadapan.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan televisyen Samsung dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...