More

    Samsung lancar paparan Color E-Paper 13 inci pertama dunia guna bio-resin fitoplankton

    Samsung Electronics mengumumkan pelancaran global paparan 13 inci Color E-Paper (model EM13DX) yang dibina menggunakan bahan bio-resin berasaskan fitoplankton yang merupakan pertama seumpamanya untuk paparan komersial.

    Peranti paparan nipis ini menggunakan teknologi digital ink berkuasa ultra rendah sebagai alternatif kepada papan tanda bercetak konvensional, khusus untuk kegunaan perniagaan seperti rak jualan, kaunter, pintu dan ruang komersial lain. Paparan berkenaan hadir dengan resolusi 1600 × 1200 piksel (nisbah 4:3) dan saiz hampir sama dengan kertas A4.

    Badannya diperbuat daripada 45% plastik kitar semula dan 10% bio-resin daripada fitoplankton yang telah disahkan oleh badan pensijilan global UL. Paparan juga direka dengan ketebalan 17.9mm dan berat sekitar 0.9kg serta dilengkapi bateri terbina dalam dan sokongan USB-C.

    Kandungan paparan boleh dikawal melalui aplikasi Samsung E-Paper App dan platform pengurusan awan Samsung VXT. Teknologi e-paper menggunakan tenaga hampir sifar ketika memaparkan kandungan statik yang secara tidak langsung mengurangkan penggunaan tenaga berbanding paparan digital tradisional.

    Pelancaran model 13 inci ini memperluaskan barisan Color E-Paper Samsung yang disasarkan untuk kegunaan papan tanda digital berkuasa rendah dalam sektor runcit dan komersial. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    BYD One Charge Challenge: 509KM tanpa cas, baki purata bateri masih 21%

    BYD Sime Motors mengumumkan kejayaan penganjuran One Charge Challenge yang melibatkan perjalanan pergi balik sejauh 509km antara Kuala Lumpur dan Gambang, Kuantan...

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi...

    Redmi Watch 6 Active tiba dengan skrin AMOLED 1.85″ dan bateri tahan 18 hari...

    Terbaharu, Redmi Watch 6 Active dilancarkan di pasaran China dengan fokus kepada kelengkapan skrin jenis AMOLED, ketahanan bateri dan fungsi pemantauan kesihatan....

    HUAWEI cuba reka bentuk baharu? Pura X View dilancar dengan nisbah skrin 16:9.5

    HUAWEI melancarkan Pura X View di China sebagai telefon pintar rekaan paparan lebar pertama jenis standard tanpa skrin boleh lipat. Ia menjadi...

    Samsung Galaxy S26 FE makin hampir, Samsung umum acara pelancaran 27 Ogos ini

    Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured