More

    Samsung lancarkan Exynos 880 – cipset 5G untuk peranti mampu milik

    Samsung telah melancarkan cipset 5G terbaru, Exynos 880, yang bertujuan untuk dilengkapi dalam telefon pintar kelas pertengahan. Buat masa ini, vivo Y70s adalah antara telefon pertama yang dilengkapi cipset tersebut.

    Cipset tersebut mempunyai CPU lapan teras yang merangkumi dua teras ARM Cortex-A77 2.0GHz untuk tugasan berat dan enam Cortex-A55 1.8GHz untuk tugasan lain. Untuk GPU, ia dilengkapi ARM Mali-G76 MP5.

    Kebolehan penggambarannya pula membenarkan sehingga 64MP untuk kamera tunggal serta 20MP + 20MP untuk tetapan dwi-kamera. Daripada segi video pula, cipset ini mampu memainkan video dan merakam sehingga 4K pada 30fps.

    Daripada segi memori, ia menyokong RAM LPDDR4x dan storan UFS 2.1. Ini bermakna ia tidaklah sepantas memori dalam peranti flagship namun masih memadai untuk peranti kelas pertengahan. Untuk paparan pula, Exynos 880 menyokong resolusi skrin sehingga 2520×1080.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan cipset Exynos 880 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Google ubah had Gemini bermula 9 Oktober ini, pengguna percuma kena ambil tahu

    Google mengumumkan pelarasan baharu terhadap ketersediaan model dan had penggunaan untuk aplikasi Gemini menerusi akaun peribadi. Perubahan berkuat kuasa secara rasmi bermula...

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured