More

    Samsung lancarkan kad mikroSD PRO Endurance baharu, lebih tahan lasak dengan teknologi NAND

    Samsung Electronics mengumumkan kad mikroSD baharunya iaitu Samsung PRO Endurance. Ia direka untuk memenuhi permintaan ketat kamera pengawasan, kamera papan pemuka, kamera loceng pintu, kamera badan dan banyak lagi. Kad ini menawarkan daya tahan yang lebih baik dan prestasi cemerlang untuk tangkapan dan main balik berterusan.

    Ia dibina dengan memori flash NAND gred-perusahaan (enterprise-grade) Samsung yang menyampaikan sehingga 16 tahun (140,160 jam) masa rakaman berterusan untuk memastikan setiap detik kritikal ditangkap. Ini bermakna satu kad PRO Endurance boleh bertahan selama sehingga 33 kad fokus kelajuan biasa menjimatkan kos penggantian dan kebolehpercayaan untuk pemantauan video sentiasa hidup (always-on).

    Kad memori baharu Samsung turut menawarkan kelajuan baca dan tulis sehingga 100MB/s dan 40 MB/s,3. Ia dinilai Kelas 10 dengan penilaian kelajuan video sehingga U3 (Kelajuan UHS Kelas 3) dan V30 (Kelas Kelajuan Video 30) menjadikannya sesuai untuk mengendalikan fail beresolusi tinggi dalam HD Penuh dan 4K.

    PRO Endurance juga menawarkan enam ketahanan Samsung iaitu kalis air, magnet, sinar-X, suhu yang melampau dan kalis jatuh. Terdapat empat kapasiti storan berbeza iaitu 32GB, 64GB, 128GB dan 256GB dengan harga runcit cadangan pengeluar (MSRP) antara $10.99 (~RM47) untuk 32GB hingga $54.99 (~RM238) untuk 256GB.

    PRO Endurance boleh didapati di seluruh dunia mulai 3 Mei. Ketahui maklumat lanjut di laman web rasmi Samsung. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

    Sumber:  Samsung Newsroom

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...