More

    Samsung lancarkan kempen “Why Samsung” untuk ketengahkan AI dan keselamatan dalam kelengkapan rumah

    Samsung Electronics baru-baru ini mengumumkan “Why Samsung” iaitu sebuah kempen global yang memfokuskan pada empat nilai teras yang membuatkan kelengkapan rumah Samsung lebih unik daripada jenama-jenama lain. Empat nilai tersebut adalah Bespoke AI, SmartThings, Security dan Reliability.

    Kempen ini bertujuan menyampaikan nilai-nilai ini dan mesej mengenainya kepada para pelanggan di lebih 50 negara melalui pelbagai platform digital, seperti laman web Samsung, YouTube dan media sosial.

    Bagi memulakan kempen ini, Samsung memperkenalkan sebuah video yang mengetengahkan teknologi kecerdasan buatan (AI) inovatif yang menjadi tunjang Bespoke AI. Video tersebut menunjukkan peti sejuk, ketuhar dan lain-lain kelengkapan rumah yang bekerjasama untuk menghasilkan dapur AI.

    Ia turut menunjukkan mesin basuh semua-dalam-satu dan pembersih vakum yang menyediakan pengalaman peribadi mengikut gaya hidup pengguna.

    Selain itu, Knox menawarkan keselmatan siber dan melindungi kelengkapan Samsung daripada malware dan pelbagai ancaman luar. SmartThings pula menawarkan hubungan kukuh yang menjadi enjin utama untuk rumah AI.

    Samsung akan terus mengukuhkan kualiti, ketahanan dan perkhidmatan pelanggan untuk kelengkapan rumahnya bagi memastikan penggunaan yang boleh diharap untuk setiap produk. Mereka telah memperkenalkan perkhidmatan Home Appliance Remote Management (HRM) yang menawarkan kemas kini One UI sehingga tujuh tahun bagi memastikan produk-produknya kekal dikemas kini dengan fungsi-fungsi AI terkini.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured