More

    Samsung lancarkan LPDDR5 uMCP, tawarkan prestasi RAM “flagship” dalam telefon pertengahan

    Samsung Electronics telah mengumumkan teknologi RAM telefon pintar baharu iaitu RAM LPDDR5 yang digabungkan dengan storan Universal Flash Storage (UFS 3.1) untuk menawarkan prestasi RAM yang lebih pantas dalam kategori telefon pertengahan.

    Menurut Samsung, teknologi yang dinamakan Pakej Multi-cip Berdasarkan UFS (UFS-based multichip pakage, uMCP) ini membenarkan telefon pintar untuk menjana prestasi tinggi sambil menggunakan tenaga yang rendah. Ia juga membenarkan pengguna telefon kelas pertengahan untuk mengakses aplikasi berdasarkan 5G yang hanya boleh diakses oleh telefon andalan sebelum ini.

    Teknologi ini menawarkan peningkatan prestasi Dynamic Random Acess Memory (DRAM) sebanyak 50% berbanding LPDDR4 UFS2.2, daripada 17GB/s kepada 25GB/s manakala storan NAND pula meningkat daripada 1.5GB/s kepada 3GB/s.

    Teknologi uMCP juga menggunakan ruang yang lebih kecil dalam telefon, dengan dimensi 11.5mm x 13mm sahaja. Kapasiti RAM ini ditawarkan daripada 6GB hingga 12GB manakala kapasiti storan pula daripada 128GB hinnga 512GB.

    Samsung telah pun memulakan pengilangan untuk cip LPDDR5 uMCP dan telefon yang dilengkapi teknologi tersebut dijangka akan mula dipasarkan bermula bulan ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki telefon dengan RAM Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured