More

    Samsung lancarkan seluar jeans khas untuk Galaxy Z Flip3, miliki poket khas berharga ~RM4,625

    Samsung dengan kerjasama Dr Denim baru sahaja melancarkan sepasang seluar jeans dengan poket khas untuk Galaxy Z Flip3. Ia diletakkan pada punggung kanan dan direka bentuk agar sesuai dengan reka bentuknya yang boleh dilipat.

    Dalam siaran akhbar, Samsung bertanya kepada penontonnya siapa yang memerlukan poket besar dan memutuskan untuk membuangnya kerana mengambil terlalu banyak ruang. Selain itu, Samsung menambah bawah jeans dengan ciri tersebut tidak kelihatan bergaya dan telefon akan sentiasa bergerak kerana ruang yang besar.

    Dengan itu, Samsung menghasilkan seluar jeans dengan poket khas untuk telefon boleh lipat seperti Galaxy Z Flip3. Seluar jeans tersebut dijual pada harga AUD1,499 (~RM4,625). Dengan harga tersebut, anda akan memperoleh Galaxy Z Flip3 128GB secara percuma dengan empat pilihan warna iaitu krim, hitam, hijau dan Lavender.

    Jika dilihat harga sebenar telefon tersebut di laman rasmi Samsung, ianya tidak berubah. Ini bermakna jika anda membeli Galaxy Z Flip3 melalui Dr Denim, anda akan memperoleh seluar jeans edisi khas ini secara percuma.

    Adakah anda berminat dengannya? Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: GSMArena

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured