More

    Samsung lancarkan TV dan “soundbar” baharu untuk 2025, sarat dengan fungsi AI

    Samsung Malaysia hari ini melancarkan rangkaian televisyen AI dan soundbar premium baharu untuk tahun 2025, yang menggunakan platform Samsung Vision AI untuk menyediakan pengalaman hiburan yang lebih pintar menyeluruh.

    Sistem Samsung Vision AI membenarkan televisyen dan soundbar ini untuk mengesan keadaan sekeliling dan menyediakan tetapan visual dan audio yang paling sesuai. Antara fungsi yang ditawarkan termasuklah Universal Gesture yang membolehkan anda kawal televisyen tanpa menggunakan alat kawalan jauh dan Generative Wallpaper untuk jana latar belakang yang unik.

    Samsung Neo QLED 8K

    Untuk barisan televisyen Neo QLED 8K tahun ini yang dikepalai oleh QN990F, ia dilengkapi pemproses NQ8 AI Gen3 yang menampilkan 768 rangkaian neural dan teknologi AI dalaman yang dipertingkat untuk meningkatkan kualiti video dan audio dalam masa nyata.

    Antara fungsi AI yang ditawarkan termasuklah 8K AI Upscaling Pro, AI Motion Enhancer Pro dan Real Depth Enhancer Pro untuk meningkatkan kualiti imej, serta AI Customisation Mode, AI Auto Game Mode dan AI Energy Mode. Luarannya pula mempunyai ketebalan 13.1mm sahaja dan pendiri floating stand.

    Samsung Neo QLED 4K, OLED dan QLED

    Vision AI turut ditawarkan kepada barisan produk Neo QLED 4K, OLED dan QLED yang dilancar tahun ini. Neo QLED 4K QN90F yang dilengkapi pemproses NQ4 AI Gen2 menyediakan teknologi Quantum Matrix dan ketepatan warna Pantone, serta ditawarkan dalam saiz daripada 65″ hingga 98″.

    Rangkaian OLED menawarkan kecerahan puncak sehingga 2,000 nits dan kadar segar semula 165Hz, manakala model seperti S90F menawarkan kadar segar semula sehingga 144Hz. Siri QLED 2025 pula masih menawarkan imej yang terang dan warna pekat dengan teknologi Vision AI.

    The Frame Pro 2025

    Untuk mereka yang inginkan televisyen yang nampak elegan, The Frame Pro mempunyai sempadan bezel seperti bingkai gambar, manakala panelnya boleh memaparkan kandungan televisyen yang cantik. Ia menggunakan Neo QLED Mini LED dan pemproses NQ4 AI Gen3 untuk menyediakan imej yang menawan, serta mempunyai Wireless One Connect Box bagi memudahkan penggunaan secara wayarles dan membuatkan televisyen ini nampak kemas.

    Pengguna juga boleh paparkan karya seni daripada galeri-galeri antarabangsa seperti MoMA, Magritte dan Basquiat dengan langganan Samsung Art Store.

    "
    "

    Soundbar Premium Q-Series

    Soundbar Samsung baru yang dilancar untuk tahun ini termasuklah HW-Q990F, HW-Q930F, HW-Q800F dan HW-QS700F yang menyediakan pengalaman audio sinematik dan boleh digabungkan dengan Wireless Dolby Atmos, Q-Symphony dan SpaceFit Sound Pro.

    Model-model tahun ini mempunyai subwoofer yang lebih kecil sebanyak 50% untuk memudahkan anda meletakkannya, tanpa mengorbankan kualiti bass yang dalam. HW-QS700F pula mempunyai sensor dalaman yang boleh kesan jika ia diletakkan pada dinding atau meja, supaya ia boleh melaraskan audio output dengan sesuai.

    Pra-tempahan untuk semua produk ini akan dibuka pada 13 Mei hingga 1 Jun 2025. Dengan pra-tempahan TV Samsung AI terpilih, anda akan menerima soundbar premium (bernilai RM6,499). Selain itu, pra-tempahan untuk model The Frame terpilih pula akan menerima Cutomisable Bezel (bernilai RM899).

    Pra-tempahan boleh dilakukan dalam laman web Samsung. Jika anda mahu melihat semua produk ini terlebih dahulu, anda boleh lawat Samsung 2025 AI TV Roadshow yang akan berlangsung pada 21 hingga 25 Mei 2025 di 1 Utama Shopping Centre, Selangor.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana produk di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...