More

    Samsung M8 dan M7 dilancar di Malaysia: Monitor boleh laras dan resolusi UHD bermula RM2,238

    Samsung Malaysia Electronics malncarkan barisan Monitor Pintar baharunya, M8 dan M7 dalam warna Warm White (Nama Model: M80C dan M70C) mengikut gaya dan keperluan pengguna semasa menonton, bermain dan bekerja.

    Model M8 dan M7 adalah sangat nipis, berukuran 11.39mm sambio menampilkan corak tulang herring organik. Pendiri M8 boleh dilaraskan manakala skrin juga boleh berputar 90 darjah untuk mengurangkan keletihan menatal. M8 dan M7 hadir dengan resolusi UHD dengan kecerahan 400nit dan 300nit.

    Monitor Pintar M8 2023 telah menerima pelbagai peningkatan dan peningkatan ciri termasuk resolusi 4K, HDR 10+ dan kecerahan 400nit. Pengguna M8 boleh menikmati akses mudah ke Smart Hub untuk perkhidmatan seperti Prime Video, Netflix dan YouTube. Kedua-dua monitor juga menyokong liputan gamut warna sRGB sehingga 99% yang memberikan tontonan lebih baik.

    M8 mempunyai kamera SlimFit wayarles magnetik dan boleh tanggal serta menyokong resolusi FHD dan ciri persidangan video di mana pengguna boleh menyambung ke Google Meet dan aplikasi lain untuk keupayaan Auto Framing. Multi View juga telah dinaik taraf memberi akses Microsoft 365 dan aplikasi Penyemak Imbas dalam mod skrin penuh untuk mengurangkan pertukaran antara aplikasi.

    Monitor M8

    Untuk meningkatkan antara muka Monitor Pintar M8 & M7, fungsi kawalan tetikus dan papan kekunci telah ditambahkan pada kebanyakan aplikasi mengekalkan kawalan penuh termasuk Smart Things dan Smart Hub tanpa memerlukan alat kawalan jauh. Pengguna boleh mengawal semua peranti IoT hasil binaan Hab IoT di dalam yang menyokong Zigbee dan Thread.

    Selain itu, M8 dan M7 mempunyai pembantu suara binaan dalam seperti Bixby dan Amazon Alexa untuk mengawal monitor dengan arahan suara. Suara medan jauh juga disokong membolehkan pengguna bercakap terus ke monitor.

    Monitor M7

    Ciri Kandungan Saya (My Contents) memberi akses maklumat yang berguna dengan cepat. Apabila monitor berada dalam mod siap sedia dan mengesan telefon pintar berdaftar melalui Tenaga Rendah Bluetooth (BLE), skrin menyala dengan foto pengguna, cuaca dan banyak lagi. Monitor menyambung semula mod siap sedia apabila telefon pintar berada di luar julat.

    Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan monitor ini bermula dari 28 Jun hingga 9 Julai 2023 dengan diskaun sehingga RM700. Pelanggan boleh menikmati diskaun tambahan 5% pada pembelian pertama mereka dengan penghantaran standard percuma dan memperoleh Mata Ganjaran Samsung apabila mereka membeli-belah hanya di Kedai Dalam Talian Samsung.

    "
    "
    ModelHarga Jualan Yang DisyorkanPromosi pelancaran
    32″ M8 Smart Monitor LS32CM801UEXXSRM3,588RM2,888
    32″ M7 Smart Monitor LS32CM701UEXXSRM2,788RM2,238

    Ketahui lebih lanjut mengenai monitor Samsung M8 dan M7 dengan klik pada nama model di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured