More

    Samsung Malaysia buka kedai Experience Store di The Exchange TRX, tawarkan diskaun sehingga RM2,100

    Pada hari ini, Samsung Malaysia telah membuka kedai eksklusif Samsung Experince Store yang terbaru di pusat beli belah The Exchange TRX, Kuala Lumpur di mana para pelanggan berpeluang untuk mencuba pelbagai kategori produk Samsung seperti telefon pintar, fon telinga dan banyak lagi.

    Sempena pembukaan kedai ini, Samsung turut menawarkan diskaun sehingga RM2,100 untuk beberapa telefon pintar pada hari ini sahaja. Berikut adalah senarai produk yang terlibat dalam promosi ini:

    • Galaxy S23 FE (256GB): RM1,899 (harga asal RM3,299)
    • Galaxy Z Flip5 (512GB): RM2,899 (harga asal RM4,999)
    • Galaxy S23 Ultra (512GB): RM4,599 (harga asal RM6,199)
    • Galaxy Z Fold5 (1TB): RM6,499 (harga asal RM8,299)
    • Galaxy A04 (64GB): RM149 (harga asal RM559)
    • Galaxy A05s (128GB): RM509 (harga asal RM799)
    • Galaxy A34 (256GB): RM1,299 (harga asal RM1,599)
    • Galaxy A54 (256GB): RM1,449 (harga asal RM1,899)
    • Galaxy Watch6 40mm: RM899 (harga asal RM1,099)
    • Galaxy Watch6 44mm: RM999 (harga asal RM1,199)
    • Galaxy Watch6 Classic 43mm: RM1,099 (harga asal RM1,399)
    • Galaxy Watch6 Classic 47mm: RM1,199 (harga asal RM1,499)
    • Galaxy Watch4 40mm: RM149 (harga asal RM799)
    • Galaxy Buds FE: RM299 (harga asal RM399)
    • Galaxy Buds 2 Pro: RM499 (harga asal RM699)
    • Pengecas 15W: RM0.99 (harga asal RM59)

    Samsung Experience Store TRX boleh dilawati di lot kedai C.62.0 C.63.0, aras Concourse. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi satu hari ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured