More

    Samsung Malaysia jemput anda ke Flip Town untuk cuba Galaxy Z Flip5 dan Fold5

    Samsung Malaysia kini sedang menganjurkan pameran Flip Town di beberapa lokasi dalam seluruh negara bagi mempromosikan telefon pintar lipat Samsung Galaxy Z Flip5 dan Samsung Galaxy Z Fold5. Pengunjung boleh bergambar dengan pelbagai hiasan menarik dalam pameran ini, serta menaiki bas dua tingkat Flex360 Bus untuk mengambil gambar menarik di situ.

    Flex360 Bus turut menawarkan 360 Photo Booth dan Chill Lounge di tingkat atas untuk latar belakang yang menarik dalam gambar anda. Selain itu, Flip Town turut mempunyai mural khas yang dilakar oleh artis tempatan dan anda dijemput untuk mengambil gambar dengannya sebagai latar belakang.

    Berikut adalah senarai lokasi Flip Town dan tarikhnya di pelbagai negeri:

    Selain itu, anda juga boleh mendapatkan promosi terhad untuk Galaxy Z Flip5 dan Galaxy Z Fold5 yang akan berlangsung sehingga 31 Ogos 2023. Para pelanggan berpeluang memenangi ganjaran bernilai RM1,499 dengan setiap pembelian telefon ini, seperti percuma Samsung Galaxy Watch5 40mm bernilai RM899, diskaun 40% untuk aksesori Samsung dan potongan harga sehingga RM600 untuk pertukaran telefon (trade-in).

    Beritahu kami di Facebook jika anda akan menyertai pameran ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO A7 Pro diumum di Malaysia dengan bateri 10,000mAh, cas pantas 80W dan...

    OPPO melancarkan dua model peranti baharu untuk pasaran tempatan iaitu OPPO A7 Pro 5G dan OPPO A7 Pro Max 5G yang memfokuskan...

    Laptop boleh jadi PC gaming? UGREEN lancar LinkStation Pro dengan kuasa 850W

    UGREEN memperkenalkan dok kad grafik luaran (eGPU) baharu iaitu UGREEN LinkStation Pro yang menggunakan teknologi sambungan Thunderbolt 5. Kelajuan pemindahan data yang...

    KDN kini ada ‘Menteri AI’ untuk jawab soalan rakyat, sokong 12 bahasa

    Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan inisiatif AI Digital Human sebagai saluran interaktif baharu berasaskan teknologi kecerdasan buatan bagi mengendalikan soalan dan soalan...

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured