More

    Samsung Malaysia lancarkan kedai premium terbaru di Bangsar

    Baru-baru ini, Samsung Malaysia Electronics dan ESH Electrical Sdn Bhd telah melancarkan sebuah kedai Samsung Consumer Electronics Premium Experience Store yang terletak di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur.

    Dalam kedai ini, pelanggan boleh melihat dan mencuba sendiri produk-produk premium daripada Samsung seperti siri kelengkapan rumah BESPOKE yang terdiri daripada vakum BESPOKE Jet, peti sejuk BESPOKE Refrigerator, penyuci udara BESPOKE CUBE dan almari BESPOKE AirDresser.

    Ia turut menawarkan siri televisyen tercanggih yang ditawarkan oleh Samsung, termasuklah Neo QLED 8K, The Frame, The Serif, The Sero dan projektor The Freestyle. Semua produk yang dibeli dari Consumer Electronic Premium Experience Store Bangsar akan menerima jaminan selama dua tahun.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk melawat kedai ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    OPPO ColorOS 17 dilancar secara global dengan UI Living Flow, jaminan lancar 6 tahun

    OPPO hari ini melancarkan sistem operasi terbaharu iaitu ColorOS 17 untuk pasaran global dengan fokus terhadap rekaan visual Living Flow dan integrasi...

    Samsung pamer peralatan rumah berasaskan AI, termasuk penyaman udara baharu 2027

    Samsung Electronics mempamerkan rangkaian kelengkapan rumah dan penyelesaian perniagaan berasaskan AI menerusi acara The Brief 2026 di Hanoi, Vietnam. Antara produk yang...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...