More

    Samsung Malaysia lancarkan monitor gaming QLED, Samsung Odyssey G7 bermula pada harga RM2,399

    Samsung Malaysia telah melancarkan monitor gaming kelas atasan dari siri Odyssey G7 pada hari ini. Monitor gaming ini sangat sesuai digunakan oleh gamer yang baru dan juga yang berpengalaman kerana monitor ini mempunyai ciri-ciri terbaru yang dapat memberikan kepuasan pengalaman gaming yang maksimum.

    Monitor gaming Odyssey G7 dilengkapi dengan masa tindak balas (response time) yang sangat laju iaitu 1ms yang dapat memastikan tiada lag yang berlaku ketika bermain game. Selain itu, Odyssey G7 juga hadir dengan kadar penyegaran skrin tinggi (refresh rate) 240Hz, yang memudahkan pemain untuk menikmati peralihan yang lebih lancar.

    Monitor ini dilengkapi dengan panel QLED dengan kelengkungan maksimum 1000R pertama di dunia yang bermaksud anda akan mempunyai bidang pandangan yang konsisten ketika anda melihat ke tengah ataupun tepi skrin.

    Samsung Malaysia menawarkan tawaran pra pesanan jika anda membeli monitor ini bermula hari Isnin, 29 Jun sehingga Ahad, 5 Julai 2020. (selagi stok masih ada)

    Harga monitor gaming Odyssey G7 dengan skrin melengkung 1000R untuk saiz 32 inci adalah RM 2,899 dan anda akan dapat tawaran pra pesanan, HW-T450 Soundbar (2020) yang berharga RM 799. Untuk saiz 27 inci pula, harganya ialah RM 2,399 dan anda akan dapat tawaran pra pesanan HW-T420 Soundbar (2020) yang berharga RM 649.

    Bagaimana dengan monitor gaming terbaru dari Samsung ini? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal dengan Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Googlebook diperkenal, laptop pertama direka khas untuk Gemini Intelligence

    Qualcomm Technologies mengumumkan kerjasama dengan Google untuk membawa platform Snapdragon X Elite ke laptop Googlebook iaitu kategori komputer riba baharu yang direka...

    Nothing Phone (4b) dan Ear (3a) kini tersedia di Malaysia pada harga RM1,599 dan...

    Nothing melancarkan dua peranti baharu bagi pasaran Malaysia iaitu telefon pintar Nothing Phone (4b) dan fon telinga nirwayar Nothing Ear (3a). Nothing...

    Siri vivo X500 dilancar dengan Dimensity 9600 Pro, kamera Sony LYTIA L910 17 EV...

    vivo secara rasmi melancarkan siri X500 yang terdiri daripada vivo X500, X500 Pro dan X500 Pro Max di Shanghai, China. Siri mercu...

    Tukar MyKad baharu? MyDigital ID tak perlu daftar semula

    MyDigital ID mengumumkan bahawa pengenalan MyKad generasi baharu tidak akan menjejas fungsi atau penggunaan platform identiti digital berkenaan. Pengguna yang memiliki kad...

    Asyik lagu kanak-kanak dalam “Wrapped”? Spotify kini ada solusinya

    Spotify secara rasmi memperkenalkan fungsi suis tetapan (toggle) baharu yang membolehkan pengguna mengeluarkan kategori lagu kanak-kanak daripada menjejaskan cadangan muzik peribadi mereka....

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured