More

    Samsung Malaysia lancarkan program Solve for Tomorrow 2022 untuk pembangunan STEM

    Solve for Tomorrow kini kembali buat kali ketiga secara berturut-turut pada tahun ini di mana Pelajar tingkatan satu dan dua boleh menghantar permohonan mereka sehingga 23 September. Pelajar perlu menerangkan isu dan menyediakan penyelesaian STEM (Sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) merentas tiga tema utama iaitu Pendidikan & Pembelajaran, Kelestarian & Alam Sekitar serta Kesihatan & Kesejahteraan.

    Samsung Malaysia melibatkan empat pemimpin inspirasi iaitu Norhailmi Abdul Mutalib, Cheryl Ann Fernando, Vinesh Sinha dan Rocyie Wong yang telah memainkan peranan STEM terkemuka di Malaysia. Pemimpin dan pakar profesional yang terlibat bekerjasama dengan pelajar untuk membimbing sepanjang proses idea dan hasil projek mereka. 

    Sarjana Sains Sekolah Menengah, Norhailmi Abdul Mutalib berkata STEM adalah sesuatu yang dekat di hati. Beliau terpaksa melakukan apa yang diperlukan untuk kekal minat terhadap pendidikan di mana perjalanannye di TikTok bermula. Beliau mengubah suai pendekatan untuk mendidik pelajar dan rakyat Malaysia.

    Ketua Pegawai Eksekutif, Pemimpin GSL, Cheryl Ann Fernando berkata “Saya mendaftar dengan Teach for Malaysia dan memulakan perjalanan yang memberikan saya perspektif baharu tentang pendidikan di Malaysia. Saya kini menerajui PEMIMPIN GSL sebagai satu inisiatif untuk memperkasakan pemimpin sekolah Malaysia dalam menerajui transformasi sekolah yang positif.”

    “Pengembaraan saya bermula melalui pembangunan sains di sebalik pengambilan sisa minyak daripada industri makanan di Malaysia dan mengubahnya menjadi biofuel untuk mengurangkan pelepasan karbon. Evolusi dan teknologi terkini membawa saya menjadi penerima anugerah Forbes 30 Bawah 30 di Asia dalam  Industri, Pembuatan & Tenaga pada 2018. Saya berharap ia akan memberi inspirasi kepada kumpulan individu seterusnya untuk berkembang maju dalam ruang STEM.” kata Vinesh Sinha, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas FatHopes Energy.

    Menurut Pakar Pemakanan Holistik Bertauliah, Rocyie Wong mengatakan STEM agak berbeza dalam kehidupannya. Beliau menggunakan teknologi untuk mewujudkan ruang empati untuk orang yang mempunyai masalah kulit. Kempen positif badan yang dilancarkan turut mendapat sambutan yang sangat baik dalam masa kurang daripada sebulan. Kemudian, beliau membangunkan kumpulan sokongan dalam talian dan dalam rancangan untuk bercabang ke perairan antarabangsa.

    Anda boleh lawati laman web Samsung mengenai Solve for Tomorrow dan klik di sini untuk menjadi salah seorang seperti pemimpin di atas. Beri pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    WhatsApp: Ciri “Restricted Chat” kini tersedia untuk pengguna beta untuk Android dan iOS

    WhatsApp kini mula menawarkan ciri Restricted Chat kepada sesetengah pengguna versi beta pada sistem operasi Android dan iOS. Ia merupakan kemas kini...

    HONOR Magic9 Pro Max sah bakal dilancar secara global pada Januari 2027

    HONOR mengesahkan bahawa siri telefon pintar mercu terbaharunya, siri HONOR Magic9, bakal memasuki pasaran global pada Januari 2027. Pengumuman dibuat berikutan pelancaran...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...