More

    Samsung Malaysia rancang luaskan ekosistem televisyen 8K dengan Samsung TV Plus

    Pada hari ini, Samsung Malaysia mengumumkan produk baharu untuk barisan televisyen pintarnya iaitu Samsung TV Plus. Ia bukanlah sebuah televisyen fizikal, sebaliknya adalah sebuah fungsi yang memudahkan pengguna untuk menonton sebarang bentuk kandungan dalam resolusi 8K.

    Langganan ini bakal menawarkan filem, siri televisyen, karya seni NFT dan video YouTube dalam resolusi 8K. Pengguna juga boleh menonton video 8K yang dirakam menggunakan telefon seperti Samsung Galaxy S23, serta bermain game dalam resolusi 8K.

    Bagi menghasilkan kualiti gaming yang tinggi, televisyen Samsung Neo QLED 8K TV bakal menawarkan kontas yang ditambah baik, Auto HDR Remastering, empat port HDMI 2.1 dan audio FreeSync Premium Pro.

    Televisyen itu juga mempunyai resolusi 7680×420, kadar bingkai 24/30/60fps kecerahan puncak 600 nits dan High-Efficiency Video Coding. Buat masa ini, Samsung Neo QLED 8K TV adalah satu-satunya televisyen yang menawarkan Samsung TV Plus.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured