More

    Samsung Malaysia tawarkan diskaun sehingga RM200 untuk Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G

    Walaupun sambutan Hari Ibu sudah pun berlalu, Samsung Malaysia masih ingin menganjurkan promosi sembena hari tersebut dengan menawarkan dua buah telefon pintar pada harga diskaun.

    Dalam promosi ini, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy A15 (8GB+256GB) pada harga RM899 sahaja (harga asal RM999) atau Samsung Galaxy A25 5G (8GB+256GB) pada harga RM1,099 sahaja (harga asal RM1,299). Promosi ini akan berlangsung sehingga 31 Mei 2024.

    Galaxy A15 menampilkan spesifikasi yang menarik seperti skrin Super AMOLED 90z 6.5 inci, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 25W dan tiga kamera belakang (kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 5MP + kamera makro 2MP).

    Galaxy A25 5G pula menampilkan spesifikasi yang serupa seperti skrin Super AMOLED 120Hz 6.5 inci, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 25W dan tiga kamera belakang (kamera utama 50MP + kamera ultra-lebar 8MP + kamera makro 2MP). Ciri yang membuatkan Galaxy A25 5G lebih mahal adalah cipset Exynos 1280 5nm yang lebih pantas daripada cipset MediaTek Helio G99 6nm dalam Galaxy A15.

    Selepas anda membeli mana-mana telefon ini, anda layak menyertai pertandingan Lebih Awesome, Lebih Menang yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah RM1,000,000.

    Anda boleh layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai promosi Galaxy A15 dan Galaxy A25 5G. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    BeONE Mobile lancar pelan prabayar 5G dikuasakan Maxis bermula RM25/bulan

    BeONE Mobile melancarkan perkhidmatan prabayar baharu di Malaysia sebagai pengendali rangkaian mudah alih maya (MVNO) yang beroperasi atas rangkaian Maxis. Sebelum ini...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured