More

    Samsung mungkin akan lancarkan Galaxy S21 pada Januari 2021

    Sebelum ini, terdapat sebuah khabar mengatakan Samsung akan melancarkan telefon pintar flagship seterusnya, Samsung Galaxy S21, pada akhir tahun ini. Kini, terdapat sebuah berita pula yang menyatakan telefon tersebut akan dilancar pada awal tahun depan, iaitu Januari 2021.

    Menurut SamMobile, Samsung akan melancarkan telefon baru pada bulan itu bagi mengisi ruang pasaran telefon flagship yang dikosongkan oleh HUAWEI selepas syarikat China itu akan melancarkan Mate 40 sebagai telefon flagship terakhir. Selain itu, Samsung juga mungkin ingin menjarakkan pelancaran siri Galaxy S dengan Galaxy Z Flip yang seterusnya.

    Jangkaan ini adalah lebih serupa dengan jadual pelancaran yang dilakukan oleh Samsung dalam tahun-tahun sebelumnya, di mana Samsung melancarkan telefon pintar Galaxy S pada bulan Februari. Mungkin dengan situasi pasaran yang semakin berubah, mendorong Samsung untuk mengawalkan pelancaran Galaxy S pada 2021.

    Perlu diingat bahawa ini hanyalah spekulasi dan bukan maklumat rasmi daripada Samsung. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: SamMobile

     

    Artikel Terkini

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    WhatsApp tambah Parental Control, ibu bapa boleh kawal privasi anak

    WhatsApp melancarkan set kawalan ibu bapa baharu yang fleksibel dan bersifat pilihan bagi membantu mengurus penggunaan aplikasi dalam kalangan remaja. Ia dibangunkan...

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured