More

    Samsung mungkin akan lancarkan satu lagi Galaxy S20 FE pada tahun ini

    Samsung dijangka akan melancarkan varian Samsung Galaxy S21 Fan Edition (FE) pada lewat tahun ini, seperti yang dilakukan untuk siri Galaxy S20 pada tahun lepas. Namun apa yang menarik adalah Samsung mungkin akan melancarkan sebuah lagi varian untuk Samsung Galaxy S20 FE pada tahun ini, menjadikannya varian ketiga dalam model Galaxy S20 FE.

    Maklumat ini berdasarkan pengiktirafan NBTC dari Thailand, di mana telefon pintar dengan nombor model SM-G780G telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri itu. Mereka turut menyenaraikan nama rasmi untuk peranti tersebut iaitu Galaxy S20 FE, namun tidak memberitahu spesifikasi lanjut untuk telefon itu.

    Sebelum ini, SM-G780G juga telah mendapat pengiktirafan Wi-Fi Alliance dengan varian SM-G780G, SM-G780G/DS dan SM-G780G/DSM.

    Untuk makluman, Galaxy S20 FE yang dilancar pada tahun 2020 mempunyai nombor model SM-G781. Telefon itu dilancarkan dalam dua varian iaitu Galaxy S20 FE 4G dan Galaxy S20 FE 5G.

    Terdapat juga kemungkinan bahawa pihak NBTC mungkin telah tersalah taip dan pada asalnya ingin menaip “Galaxy S21 FE” kemudian telah tertaip “Galaxy S20 FE”, namun ini hanyalah spekulasi daripada kami.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: NBTC

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured