More

    Samsung mungkin hasilkan sensor kamera RGBW 50MP terbaru untuk Galaxy S22

    Berbaki lagi beberapa bulan untuk tahun 2021 tamat, tetapi Samsung sudah memasuki era tahun 2022. Siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S22 untuk tahun depan dijangka akan membawa kembali sensor 3D ToF (time-of-flight), dengan varian Ultra yang juga menggunakan kamera 200MP. Selain itu, terdapat juga berita mengenai sensor kamera 50MP baru.

    Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, Samsung akan melancarkan sensor kamera 50MP RGBW (merah, hijau, biru, putih) dan sensor kamera 200MP pada September 2021, di mana sensor RGBW 50MP dijangka akan dilengkapi dalam siri Galaxy S22. Walaupun varian yang tepat untuk siri Galaxy S22 tidak dapat dipastikan, kami menjangkakan sensor ini hanya tersedia untuk varian Ultra atau mungkin Plus sahaja.

    Samsung juga akan menjual sensor RGBW 50MP baru ini kepada jenama telefon pintar lain. Dikhabarkan bahawa siri telefon pintar pertama yang menampilkan sensor tersebut ialah Vivo X70 yang kebetulan akan dilancarkan dalam masa yang hampir dengan pelancaran sensor itu. Kami juga berpendapat bahawa siri Xiaomi Mi 12 untuk tahun depan akan mempunyai sensor ini.

    Sumber-sumber ini sangat dipercayai dan kemungkinan besar sensor RGBW 50MP ini dapat direalisasikan. Namun, kami tidak dapat memastikan dengan pasti peranti mana yang akan menggunakannya. Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Diterjemahkan daripada TechNave EN.

     

    Artikel Terkini

    Netflix naik harga lagi di Malaysia, langganan kini cecah RM69.90 sebulan

    Netflix mengumumkan penyemakan semula kadar yuran langganan bulanan di Malaysia yang melibatkan semua peringkat pelan serta penambahan slot ahli. Kenaikan harga ini...

    Starship tamatkan fasa ujian, satelit Starlink V3 akan mula dibawa ke orbit

    SpaceX menyasarkan 18 September bagi pelaksanaan ujian penerbangan ke-14 roket Starship dari tapak pelancaran Starbase di Texas. Misi ini dijangka membawa perubahan...

    HONOR Magic9 Super Edition bakal tiba dengan bateri 11,000mAh dan paparan 165Hz

    HONOR dilaporkan sedang membangunkan telefon pintar mercu baharu menerusi model HONOR Magic9 Super Edition. Berdasarkan maklumat kebocoran spesifikasi yang tertumpu pada siri...

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured