More

    Samsung mungkin isi kekosongan pasaran yang ditinggalkan oleh HUAWEI

    Jika anda peka dengan industri telefon pintar, anda pasti sudah mengetahui serba sedikit mengenai kemelut halangan yang melanda HUAWEI dan Amerika Syarikat (AS). Menurut sumber, Samsung dan SK Hynix akan menghentikan urusan pembekalan perkakas kepada HUAWEI.

    Hal ini adalah berpunca dari penguatkuasaan sekatan dari AS baru-bari ini. Urusan pembekalan perkakas ini akan tamat pada tarikh 15 September 2020. Sepintas lalu, arahan sekatan baharu dari Washington ini menyekat mana-mana syarikat China yang menggunakan teknologi AS untuk semikonduktor. Oleh kerana hal ini, TSMC tidak mampu membekalkan cipset kepada HUAWEI.

    Berbalik kepada Samsung dan SK Hynix, sumber menyatakan bahawa Samsung dijangka bakal mengisi kekosongan pasaran yang mungkin ditinggalkan oleh HUAWEI. Samsung sebenarnya sudah mendapat keuntungan melalui permulaan sekatan AS kepada HUAWEI pada Mei lalu, hasil jualan telefon pintarnya meningkat.

    Sementara untuk SK Hynix sebagai pembuat cip kedua terbesar di dunia, penganalisis menyatakan bahawa syarikat ini mungkin menghadapi sedikit kesan dari sekatan ini. Namun, SK Hynix bakal pulih semula kerana ia bakal mencari pembeli lain seperti OPPO, vivo atau Xiaomi.

    Perlu diingatkan bahawa kesemua maklumat ini adalah bukan dari pihak syarikat ini sendiri, dan kesemua jangkaan adalah dari penganalisis yang melaporkan. Apakah pandangan anda pula? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Baca berita lepas mengenai Samsung dan HUAWEI.

    Sumber: Korea Times

     

    Artikel Terkini

    Canon EOS R8 Mark II dilancar di Malaysia dengan sensor full-frame 24.2MP dan IBIS...

    Canon Malaysia melancarkan kamera full-frame Canon EOS R8 Mark II yang menampilkan rekaan ergonomik yang dipertingkat serta sistem penstabilan imej penstabilan kawalan...

    Astro tambah siaran Mango TV, U Panda TV dan saluran khas Pokémon bermula 1...

    Astro memperluaskan penawaran kandungannya dengan melancarkan dua saluran baharu iaitu Mango TV (CH 336) dan U Panda TV (CH 337) bermula 1...

    Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé EV rasmi di Malaysia dengan 1,169hp, cas pantas 350kW

    Mercedes-Benz Malaysia melancarkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé dan memberi pratonton awal Mercedes-AMG GT 63 4-Door Coupé di Kuala Lumpur bersempena...

    Nothing Headphone (1) Pro diumum: Tiga pemandu audio, binaan premium dan bateri tahan 68...

    Nothing melancarkan fon telinga mercu over-ear terbaharu mereka, Nothing Headphone (1) Pro. Model baharu ini membawakan peningkatan daripada segi sistem audio, keupayaan...

    Siri HONOR Magic9 dilancar di China — Dua kamera 200MP ARRI dan bateri 11,000mAh

    HONOR melancarkan siri telefon pintar mercu terbaharu di China yang merangkumi tiga model iaitu HONOR Magic9, Magic9 Super Edition dan Magic9 Pro...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured