More

    Samsung mungkin sedang menghasilkan telefon pintar dengan kamera ‘pop-up’

    Menurut pembocor berita telefon pintar OnLeaks dan Pigtou, mereka memuat naik sebuah imej janaan komputer yang mungkin menunjukkan telefon Samsung yang akan datang, di mana ia dilengkapi kamera selfie yang boleh masuk-keluar ke dalam badan telefon (pop-up camera).

    Rekaan seperti ini bertujuan untuk membuang ‘lubang’ kamera selfie yang terdapat dalam kebanyakan telefon dan memberi imej yang lebih imersif pada skrin. Walau bagaimanapun, pengaktifan kamera ini lebih perlahan daripada kamera selfie biasa kerana kamera pop-up mengambil masa untuk diaktifkan.

    Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang peranti ini, ia mungkin adalah sebuah telefon pintar kelas permulaan, seperti yang boleh dilihat pada kewujudan pengimbas cap jari di bahagian belakang dan tiga kamera. Oleh yang demikian, ini mungkin rekaan untuk barisan Samsung Galaxy A yang seterusnya.

    Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan rekaan kamera seperti ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Pigtou

     

    Artikel Terkini

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Apple bangunkan hub rumah pintar dengan Siri AI, FaceTime dan AirPlay

    Apple dilaporkan sedang membangunkan peranti hub rumah pintar baharu yang berfungsi untuk mengawal peranti HomeKit, berinteraksi dengan Siri AI, membuat panggilan FaceTime,...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured