More

    Samsung mungkin tampil dengan telefon lipat tiga dengan nama Galaxy G Fold

    Samsung dijangka akan melancarkan generasi baharu peranti boleh lipatnya pada acara Unpacked minggu hadapan. Selain Galaxy Z Fold7, Z Flip7 dan Z Flip FE, khabar angin turut menyebut bahawa Samsung mungkin memperkenalkan peranti boleh lipat tiga baharu yang berkemungkinan dinamakan Galaxy G Fold.

    Menerusi animasi dalam kemas kini One UI 8, reka bentuk peranti ini sudah didedahkan sebelum pelancaran rasminya walaupun animasi tersebut bertujuan menunjukkan kedudukan NFC. Daripada animasi tersebut, Galaxy G Fold dijangka mempunyai tiga panel belakang di mana satu dengan kamera tiga lensa, satu lagi dengan skrin penutup dan kamera hadapan serta panel ketiga yang kelihatan kosong tanpa bezel yang mungkin hanya sebagai panel biasa tanpa paparan.

    Peranti ini menggunakan dua engsel yang melipat ke dalam, membentuk gaya lipatan berbentuk “G”, berbeza dengan HUAWEI Mate XT yang melipat secara “S” (satu ke dalam, satu ke luar). Dua engsel ini juga tidak sama saiz di mana satu lebih kecil bagi membolehkan lipatan yang lebih rata tanpa menjejaskan skrin. Malah, terdapat animasi amaran supaya pengguna tidak melipat dari bahagian kamera dahulu kerana lipatan sebegitu boleh merosakkan struktur.

    Walaupun ramai menyebutnya sebagai Galaxy G Fold, fail animasi merujuk peranti ini sebagai “Multifold 7”, mungkin hanya nama kod dalaman dan bukan nama pemasaran akhir. Namun begitu, istilah “tri-fold” (tiga lipatan) ini agak mengelirukan kerana peranti ini hanya mempunyai dua engsel dan dua skrin, bukan tiga. Namun begitu, istilah ini telah melekat dalam industri.

    Setakat ini, Samsung belum mengesahkan apa-apa mengenai pelancaran rasmi peranti ini. Tidak mustahil rupa akhir peranti ini berbeza, atau ia tidak dilancarkan langsung pada acara Unpacked nanti.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Android Authority

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...