More

    Samsung Odyssey G8 dan ViewFinity S8 rasmi di Malaysia — Skrin sehingga 6K dan 330Hz bermula RM3,799

    Samsung Malaysia rasmi memperkenalkan barisan monitor 2026 baharu mereka di Malaysia yang merangkumi siri gaming Odyssey G8 serta monitor produktiviti ViewFinity S8. Model paling mencuri perhatian ialah Samsung Odyssey G8 G80HS iaitu monitor gaming 32 inci yang didakwa sebagai monitor gaming 6K pertama Samsung.

    Ia hadir dengan kadar segar semula 165Hz bersama teknologi Dual Mode yang membolehkan pengguna bertukar antara mod 6K 165Hz atau 3K 330Hz untuk gaming kompetitif. Monitor dilengkapi panel Fast IPS, masa tindak balas 1ms dan sokongan HDR10+ Gaming.

    Samsung juga memperkenalkan Odyssey G8 G80HF bersaiz 27 inci dengan paparan 5K 180Hz yang boleh ditukar ke mod QHD 360Hz menggunakan teknologi Dual Mode sama. ViewFinity S8 S85TH pula tampil dengan skrin melengkung 40 inci 5K2K WUHD lengkap dengan Thunderbolt 5, kadar segar semula 144Hz serta sokongan pengecasan sehingga 140W.

    Kesemua monitor ini kini ditawarkan di Malaysia melalui kedai rasmi Samsung dan pengedar sah dengan harga berikut:

    • Odyssey G8 G80HS — RM6,299
    • Odyssey G8 G80HF — RM3,799
    • ViewFinity S8 S85TH — RM5,499
    • Odyssey G8 G80SH — RM5,499
    • Odyssey G7 G73SH — RM4,599

    Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati portal web rasmi Samsung Odyssey dan ViewFinity di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...