More

    Samsung One UI 6: Pengalaman yang lebih baik dengan lebih banyak pilihan untuk gaya tersendiri

    Samsung telah melancarkan kemas kini One UI 6 secara rasmi yang menambah baik pengalaman penggunaan untuk telefon pintar dan tablet Samsung Galaxy. Para pengguna di Malaysia juga pasti akan menerimanya dalam masa terdekat, terutamanya untuk mereka yang memiliki peranti andalan (flagship) terkini.

    Selain menawarkan kemas kini dengan ciri baharu, One UI 6 turut menawarkan pengoptimuman dan penambahbaikan untuk fungsi-fungsi sedia ada bagi menghasilkan pengalaman yang selesa dalam situasi harian.

    Antara muka yang segar, ringkas dan elegan

    One UI 6 menawarkan muka taip (font) dan label ikon yang lebih bersih, menjadikan keseluruhan antara muka (UI) nampak lebik kemas dan elegan. Pada masa yang sama, Widget Ramalan Cuaca (Weather Insight Widget) dan Widget Pintasan Khas Kamera (Camera Custom Shortcut Widget) telah ditambah untuk meningkatkan kemudahan operasi pengguna.

    Daripada segi skrin kunci (lock screen), One UI 6 membenarkan anda untuk melaraskan saiz dan gaya jam skrin kunci secara bebas untuk cipta rekaan yang unik untuk anda sendiri. Selain itu, ciri baharu yang telah ditambah untuk mengakses tetapan lanjutan dengan cepat, kini boleh ditukar dengan meleret ke kiri dan kanan, menjadikannya lebih intuitif dan mudah digunakan.

    Daripada segi panel Pemberitahuan (Notifications), One UI 6 membentangkan semua pemberitahuan sebagai kad kecil yang boleh dilihat sepintas lalu. Pada masa yang sama, pengguna boleh mengisih pemberitahuan mengikut masa dan menyesuaikan susunan sewaktu melihat pemberitahuan.

    Pemberitahuan untuk pemain muzik juga telah dipertingkatkan, dengan latar belakang yang boleh berubah kepada seni album dan bar mainan muzik (seek bar) menjadi penggambaran untuk pengalaman yang lebih mendalam. Selain itu, Laci Aplikasi (App Drawer) kini menyokong fungsi tekan lama dalam aplikasi carian, membolehkan pengguna memulakan tindakan tertentu dengan lebih cepat.

    One UI bukan sahaja nampak kemas, malah menawarkan lebih banyak fungsi dalam widget untuk pengguna 
    One UI 6 juga memudahkan pengguna untuk tetapkan tema di bawah status bar dan lock screen

    Ciri kamera yang dioptimumkan

    One UI 6 telah dioptimumkan untuk fungsi kamera, dengan kedudukan yang lebih mudah untuk penukaran resolusi, suis tarikh dan masa baharu untuk tetapan tera air (watermark) serta keupayaan untuk memilih penjajaran di bahagian atas atau bawah gambar. Tambahan lagi, ciri pengimbasan dokumen adalah bebas daripada Scene Optimiser, menjadikannya lebih mudah untuk pengguna bekerja secara individu.

    Dalam Gallery, Samsung telah menambah paparan terperinci yang membolehkan anda menggunakan penapis (filter) dan suntingan cepat dengan meleret skrin. Pada masa yang sama, ia juga menyokong fungsi seret-dan-letak (drag-and-drop) dengan kedua-dua tangan untuk gambar dan video, membuatkannya sangat mudah untuk melakukan multi-tugas. Toolbar untuk suntingan gambar telah disusun semula untuk menawarkan fungsi multi-layer undo/redo, manakala suntingan teks pula kini menawarkan lebih banyak gaya dan latar belakang.

    One UI menawarkan antara muka baharu dalam Camera dan Gallery, dengan pelbagai fungsi kini lebih mudah diakses

    Aplikasi yang lebih tepat dan berfungsi

    Dengan kemas kini One UI 6, Samsung telah menambahkan pelbagai fungsi yang lebih tepat untuk beberapa aplikasi yang ditawarkan dalam telefon Samsung. Sebagai contoh, aplikasi cuaca kini menawarkan data cuaca tempatan yang lebih tepat dan terkini bagi membantu anda merancang aktiviti dengan lebih mudah.

    Pembantu digital Samsung, Bixby, kini menyokong muat turun untuk lebih banyak pek bahasa yang boleh digunakan untuk panggilan teks (text calls), menjadikannya lebih mudah diakses oleh lebih ramai pengguna. Tambahan lagi, anda boleh tukar antara panggilan teks Bixby atau panggilan telefon biasa sewaktu membuat panggilan telefon.

    Daripada segi keselamatan, fungsi auto-blocker dalam One UI 6 boleh menghalang pemasangan aplikasi yang datang daripada platform tidak rasmi, serta menyediakan semakan keselamatan aplikasi dan perlindungan sambungan USB untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

    Mod profil Samsung juga kini boleh diperibadikan dengan lebih teliti, di mana One UI 6 akan mencipta corak warna khas berdasarkan gambar yang telah ditetapkan dalam lock screen dan akan menghasilkan pengalaman yang lebih unik untuk setiap pengguna. Pada masa yang sama, fungsi yang boleh diaktifkan (triggerable actions) telah ditambah dalam mod senario dengan automasi yang lebih tinggi.

    Aplikasi Cuaca kini memaparkan lebih banyak maklumat untuk bantu anda ramal cuaca dengan lebih tepat

    Secara keseluruhan, One UI 6 tidak menawarkan sebarang pembaharuan yang mendadak, namun dengan penambahbaikan fungsi sedia ada dan pengoptimuman yang terperinci, ia membawa pengalaman keseluruhan yang lebih elegan dan selesa. Jika anda memiliki telefon pintar atau tablet Galaxy, anda boleh semak kemas kini pada halaman Tetapan (Settings) dan kelak, anda boleh alami One UI 6 baharu.

    Dalam Malaysia, jika anda memiliki mana-mana telefon Galaxy S23, Galaxy Z Fold5 atau Galaxy Z Flip5, One UI 6 sudah ditawarkan untuk anda sekarang. Jika anda berminat untuk memiliki mana-mana peranti ini, anda boleh layari laman web Samsung Malaysia dan dapatkan diskaun 20% untuk Galaxy Z Flip5, dengan harga bermula RM3,599.20!

    Kongsi pendapat anda tentang fungsi ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    [Ditaja oleh Samsung Malaysia, diterjemahkan daripada TechNave CN]

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...