More

    Samsung pamer inovasi AI, ekosistem pintar di Pavilion KL bersama siri Galaxy Z terbaharu

    Samsung Malaysia kini mengadakan pameran eksklusif yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur dari 16 hingga 20 Julai 2025 bersempena pelancaran rasmi Galaxy Z Fold7 dan Galaxy Z Flip7. Pameran ini menggabungkan teknologi, gaya hidup dan interaktiviti yang bertemakan Flow of Innovation dengan memperlihatkan evolusi peranti boleh lipat Samsung sejak Galaxy Fold pertama.

    Pengunjung boleh meneroka ruang yang menonjolkan keupayaan Galaxy AI termasuk produktiviti pintar, integrasi antara peranti dan fungsi pencatatan lanjutan. Selain peranti, kesihatan dan kesejahteraan turut diketengahkan menerusi pengenalan siri Galaxy Watch terbaharu.

    Pelawat boleh melihat sendiri bagaimana telefon pintar, jam tangan pintar, TV dan peranti rumah Samsung berhubung secara lancar melalui ekosistem SmartThings. Pelbagai hadiah eksklusif, diskaun dan rebat ditawarkan kepada mereka yang membuat tempahan di lokasi.

    Galaxy Z Fold7 ditawarkan dari RM7,799 hingga RM9,899, manakala Galaxy Z Flip7 bermula dari RM4,999 dan model Flip7 FE pada harga serendah RM3,999. Pelanggan yang membuat tempahan dari 9 hingga 31 Julai 2025 boleh menikmati ganjaran termasuk naik taraf storan bernilai RM600, rebat kad CIMB sehingga RM400 dan aksesori percuma.

    Untuk jam tangan pintar, Galaxy Watch8 dijual dari RM1,299, Galaxy Watch8 Classic dari RM1,799 dan Galaxy Watch Ultra pada RM3,399 dengan pakej hadiah menarik seperti band premium, SmartTag2, pengecas dan power bank. Samsung turut menawarkan rebat tukar beli hingga RM200 bagi sesetengah model. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Samsung Malaysia.

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured