More

    Samsung pamer skrin masa depan untuk robot, kereta swapandu dan peranti AI

    Samsung Display baru-baru ini telah memperkenalkan beberapa inovasi paparan OLED terbaharu dalam acara IMID 2026. Acara itu menyaksikan penampilan julung kali teknologi paparan OLED Wide View bersaiz 7.6 inci serta skrin boleh regang (stretchable) bersaiz 20 inci.

    Teknologi OLED Wide View direka khusus untuk menangani isu penurunan kecerahan sehingga 40 peratus pada bahagian lipatan panel skrin boleh lipat. Samsung memperbaharui reka bentuk bahan dan struktur lapisan pemancar organik (OLED) bagi memastikan tahap kecerahan skrin kekal sekata dari pelbagai sudut pandangan termasuk pada kawasan lipatan atau skrin lengkung.

    Mereka turut mempamerkan skrin boleh regang bersaiz 20 inci yang menggunakan teknologi gabungan panel untuk menghubungkan dua skrin regang menjadi satu paparan besar. Struktur panel dan lapisan modul dikemaskan bagi mengurangkan garisan sempadan antara skrin sesuai untuk kegunaan paparan kokpit kenderaan, papan tanda digital dan robot humanoid.

    Beberapa peranti konsep AI turut dipamerkan, antaranya ialah paparan humanoid dengan fungsi jejak mata, meja putar OLED binaan khas dan loket AI berpaparan OLED. Untuk segmen kenderaan, Samsung Display mempamerkan paparan Big Hole 6.4 inci dan paparan luncur menegak CID bersaiz 15.5 inci untuk kegunaan dalaman kenderaan swapandu.

    Bagi segmen peranti permainan dan monitor, Samsung memperkenalkan panel QD-OLED 31.5 inci dengan resolusi 4K dan kadar segar semula 360Hz, panel QD-OLED 34-inci nisbah 21:9 dengan 360Hz dan panel OLED 16-inci resolusi 2.5K dengan kadar segar semula 300Hz untuk komputer pekena.

    Panel OLED yang digunakan pada Samsung Galaxy S26 Ultra turut menerima anugerah Korea Display of the Year di persidangan berkenaan atas keupayaannya menyokong teknologi paparan privasi binaan dalam. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    OPPO Pad Mini Matte Display Edition turut rasmi dengan skrin AMOLED 144Hz dan bateri...

    OPPO secara rasmi melancarkan tablet kompak OPPO Pad Mini Matte Display Edition untuk pasaran Malaysia. Peranti ditawarkan pada harga RM3,699 dengan spesifikasi...

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...