More

    Samsung patenkan kamera telefon pintar yang boleh berpusing 180°

    Samsung telah mendaftarkan paten baru yang menunjukkan telefon pintar dilengkapi sebuah kamera yang boleh berputar sebanyak 180 darjah. Ini membuatkan modul kamera belakang telefon itu boleh diputarkan ke hadapan dan dijadikan kamera swafoto.

    Menurut sumber, sebuah paten 70 mukasurat yang didaftarkan dengan Pejabat Harta Intelek Sedunia (WIPO) pada 14 Januari 2021 menunjukkan telefon yang dilengkapi ‘silinder kamera’ yang boleh diputarkan ke hadapan dan belakang. Silinder tersebut bakal mempunyai tiga kamera dan boleh dikeluarkan daripada badan telefon.

    Jika paten ini dihasilkan, ini bukanlah kali pertama Samsung akan menghasilkan telefon dengan mekanisme kamera boleh berpusing ke depan. Pada 2019, Samsung Galaxy A80 menampilkan kamera yang boleh dipusingkan 180 darjah namun bukanlah dalam bentuk silinder menegak seperti yang terdapat dalam paten ini.

    Terdapat juga laporan bahawa Samsung akan melancarkan Samsung Galaxy A82 pada tahun ini yang bakal mempunyai kamera yang boleh diputarkan ke hadapan. Jika anda berminat untuk mendapatkan telefon yang mempunyai mekansime ini sekarang, anda boleh lihat pada ASUS ZenFone 7, atau telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold2 yang boleh mengambil swafoto menggunakan kamera utama.

    Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Let’s Go Digital

     

    Artikel Terkini

    Apple naikkan harga iPhone di Malaysia sehingga RM1,300

    Apple secara senyap telah mengemaskini senarai harga rasmi bagi beberapa model telefon pintar sedia ada di Malaysia. Pelarasan ini melibatkan model siri...

    Apple Watch Ultra 4 turut rasmi dengan cip S11, bateri 50 jam dan GPS...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Ultra 4 untuk pasaran Malaysia yang kini dikuasakan oleh cip baharu S11 dan didatangkan dengan kerangka...

    Apple Watch Series 12 diumum dengan cip S11, Ceramic Shield 2 dan cas lebih...

    Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Watch Series 12 yang dikuasakan oleh cip baharu S11. Jam tangan pintar ini membawakan rekaan sistem pengesan...

    Apple perkenal AirPods 5: ANC, IP57 dan kawalan gerak kepala bermula RM599

    Apple secara rasmi melancarkan AirPods 5 untuk pasaran Malaysia. Fon telinga jenis terbuka ini hadir dalam dua varian iaitu model standard dan...

    Apple iPhone Duo turut rasmi dengan skrin lipat 7.6″, cip A20 Pro bermula RM9,499

    Apple secara rasmi mengumumkan iPhone Duo sebagai telefon lipat pertama dalam barisan peranti mereka. Peranti ini hadir dengan reka bentuk boleh lipat...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...