More

    Samsung patenkan nama “Z Slide”, mungkin hasilkan telefon dengan mekanisme bergelongsor

    Samsung dilaporkan telah mendaftarkan paten baru dengan Pejabat Hak Intelek Eropah (EIPO) untuk sebuah produk yang dinamakan sebagai Samsung Z Slide. Paten tersebut telah didaftarkan dalam Class 9 yang menandakan bahawa ia adalah sebuah produk dalam kategori telefon pintar, peranti mudah alih, alat telekomunikasi atau komputer tablet.

    Memandangkan ia mempunyai huruf Z dalam namanya, ia mungkin adalah sebahagian daripada barisan telefon pintar andalan yang melibatkan dua skrin, seperti dalam Galaxy Z Fold2 atau Galaxy Z Flip. Telefon ini mungkin mempunyai mekanisme gelongsor atau skrin yang boleh dibesarkan seperti OPPO X 2021.

    Beberapa hari lalu, Samsung juga telah mendaftarkan nama Samsung Z Roll dengan EIPO dan ini mungkin menunjukkan Samsung masih belum memutuskan nama akhir untuk produk itu atau Samsung memang akan menghasilkan dua jenis peranti dengan dua nama tersebut.

    Sumber juga mengatakan Z Slide akan dilengkapi sokongan stilus S Pen. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Let’s Go Digital

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured