More

    Samsung patenkan telefon lipat dengan kamera “pop-up”

    Samsung Galaxy Z Fold2 dan Galaxy Flip merupakan antara telefon pintar lipat terbaik dalam pasaran sekarang, dan kini Samsung sudah mula mengusahakan telefon lipat yang lebih canggih untuk model seterusnya. Laman web Lets Go Digital melaporkan bahawa Galaxy Z Fold yang seterusnya mungkin akan dilengkapi kamera pop-up.

    Menurut sumber, Samsung Electronics telah mendaftarkan paten kepada Pejabat Hak Milik Intelek Sedunia (WIPO) pada 22 Oktober 2020 yang menunjukkan rekaan telefon lipat dengan struktur kamera pop-up. Dalam dokumen yang mempunyai 79 muka surat itu, ia menunjukkan sebuah modul kamera pop-up yang berada di bahagian atas kanan skrin utama.

    Samsung turut membentangkan susunan kamera yang mungkin terdapat dalam modul pop-up seperti ini, sama ada untuk meletakkan kamera swafoto sahaja dalam modul tersebut atau meletakkan semua kamera termasuk kamera utama. Jika ini dilakukan, rekaan luaran Galaxy Z Fold seterusnya tidak akan mempunyai kamera dan nampak lebih kemas.

    Terdapat juga perbincangan di mana hanya mikrofon, lampu kilat (flash) dan sensor terpilih sahaja yang akan berada dalam modul pop-up itu. Lets Go Digital turut menyediakan lakaran produk bagi setiap pilihan kamera yang dibincangkan dalam paten Samsung itu.

    Apakah pendapat anda tentang berita Galaxy Z Fold yang seterusnya ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Let’s Go Digital

     

    Artikel Terkini

    Siri OPPO Find X10 rasmi di Malaysia dengan kamera 200MP dan bateri 8,000mAh bermula...

    OPPO secara rasmi melancarkan siri Find X10 dan Find X10 Pro Max di Malaysia dengan kerjasama Hasselblad, sistem kamera sehingga tiga sensor...

    Antigravity tambah aksesori Antigravity A1 di Malaysia, harga bermula RM299

    Antigravity, jenama bawah Insta360, melancarkan aksesori kawalan baharu bagi ekosistem dron A1 8K 360 darjah dalam pasaran Malaysia. Kemas kini merangkumi pakej...

    RoboVan Autonomi L4 pertama Malaysia dibenar beroperasi di jalan raya awam Cyberjaya

    Autonomous Logistic Solutions Sdn Bhd (ALS) melancarkan RoboVan autonomi Tahap 4 (L4) tanpa pemandu untuk jalan raya awam Malaysia sempena Transport Expo...

    CMF Clip Pro dan Buds Neo rasmi untuk pasaran Malaysia bermula RM129

    Sub-jenama Nothing, CMF, melancarkan dua model fon telinga baharu di Malaysia iaitu CMF Clip Pro yang dijual pada harga RM359 dan CMF...

    Anker perluas kehadiran di Malaysia dengan kedai ketiga dan pameran produk baharu

    Anker menganjurkan Anker Experience Week di Sunway Pyramid dari 13 hingga 18 Oktober 2026 bagi memperkenalkan hala tuju jenama “Ultimate, Unified” di...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured

    Ulasan Edifier W60 – Pilihan bajet dengan audio Hi-Res

    Edifier W60 merupakan fon telinga wayarles jenis over-ear yang direka khusus bagi pengguna yang mahukan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) pada harga...