More

    Samsung Pay kini sokong pembayaran “online” di Malaysia dengan ganjaran

    Samsung Malaysia mengumumkan perkembangan baharu untuk Samsung Pay di negara ini apabila perkhidmatan tersebut kini bukan sahaja digunakan untuk pembayaran di kedai fizikal, tetapi juga sudah menyokong transaksi atas talian di pelbagai platform e-dagang.

    Langkah ini dijayakan dengan kerjasama Fiuu yang merupakan penyedia perkhidmatan pembayaran terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan infrastruktur bagi menerima bayaran secara dalam talian. Sokongan ini merangkumi sektor makanan dan minuman, farmasi, kesihatan, hiburan, fesyen, elektronik, pelancongan serta gaya hidup.

    Akan datang, lebih banyak laman e-dagang dijangka ditambah dari semasa ke semasa. Pengguna kini boleh membuat pembelian dalam talian menggunakan Samsung Pay dengan proses pembayaran yang ringkas dan lancar. Bagi peniaga pula, integrasi ini membuka akses kepada jumlah besar pengguna peranti Samsung dan selari dengan trend penggunaan mudah alih.

    Infrastruktur Fiuu menyokong pemprosesan daripada 11 bank tempatan dan membolehkan peniaga menerima pembayaran melalui satu integrasi sahaja. Samsung Pay turut boleh digunakan di kedai dalam talian rasmi Samsung dan setiap pembelian akan menerima Samsung Rewards Points sama seperti pembelian di kedai fizikal.

    Mata ganjaran tersebut boleh ditebus untuk item atau baucar dalam katalog Samsung Rewards seperti pilihan makanan, minuman dan produk Samsung. Pengguna juga boleh menggunakannya untuk mengurangkan harga pembelian peranti Samsung seterusnya. Pengembangan Samsung Pay ini dilihat mampu mengukuhkan lagi ekosistem pembayaran digital negara sambil menawarkan nilai tambah kepada pengguna dan peniaga.

    Maklumat lanjut boleh didapati melalui Samsung Wallet Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

     

    Artikel Terkini

    ROG Xbox Ally X20 Bundle kini boleh ditempah pada harga RM10,999 — Terhad 30...

    ASUS ROG Malaysia secara rasmi membuka tempahan untuk edisi terhad ROG Xbox Ally X20 Bundle yang dikuasakan oleh pemproses AMD Ryzen AI...

    Kedai konsep Predator pertama dibuka di Low Yat, Desktop Orion 7000 tersedia berharga RM18,999

    Acer Malaysia rasmi membuka kedai konsep Predator yang pertama di Plaza Low Yat. Pelancaran ini turut disertai pengenalan desktop tertinggi Acer iaitu...

    iQOO 16 bakal tiba di Malaysia November ini bersama SD 8 Elite Gen 6,...

    iQOO 16 dijangka tiba untuk pasaran Malaysia sekitar November ini selepas rasmi diumumkan di China. Peranti mercu baharu ini disahkan hadir dalam...

    Tempahan HONOR X9e Pro licin dalam 7 hari sebelum jualan rasmi 9 Oktober ini

    HONOR Malaysia mengesahkan stok tempahan untuk HONOR X9e Pro habis dalam tempoh tujuh hari yang melebihi jangkaan awal syarikat. Bekalan baharu kini...

    Siri Galaxy Tab S12 dilancar: Dimensity 9500, skrin 120Hz 14.6″ dan bateri 11,600mAh bermula...

    Samsung melancarkan siri tablet mercu terbaharunya iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra manakala model asas Galaxy Tab S12 ditangguhkan...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured