More

    Samsung perkenal metalens baharu, kamera jadi rata tanpa “bump” dan lebih tajam

    Samsung Electronics bersama Pohang University of Science and Technology (POSTECH) mengumumkan kejayaan membangunkan teknologi metalens generasi baharu yang mampu menjadikan kamera lebih nipis, ringan dan berkualiti tinggi. Hasil kajian ini diterbitkan dalam jurnal antarabangsa Nature Communications.

    Metalens merupakan lensa ultra-nipis berasaskan struktur nano yang jauh lebih halus daripada rambut manusia. Tidak seperti lensa tradisional berbentuk lengkung, metalens boleh mengawal cahaya menggunakan permukaan rata yang sekali gus membolehkan modul kamera direka lebih kompak.

    Melalui kajian bersama itu, modul kamera berjaya dikurangkan ketebalannya sebanyak 20%, daripada 2.0 milimeter kepada hanya 1.6 milimeter. Pada masa sama, kualiti imej turut dipertingkat dengan ketajaman meningkat daripada 50% kepada 72% serta sudut pandang lebih luas sehingga 120 darjah.

    Samsung menjelaskan teknologi ini berpotensi besar untuk digunakan dalam pelbagai peranti seperti telefon pintar dan sistem realiti tambahan (XR). Selain mengurangkan masalah bonggolan kamera pada telefon pintar, ia juga membolehkan peranti menjadi lebih ringan tanpa menjejaskan prestasi kamera.

    Dari kiri: Profesor Junsuk Roh dan Hyunjung Kang, kedua-duanya dari POSTECH serta Dr. Jeong-Geun Yun dari Samsung Research

    Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

    Sumber: Samsung Newsroom

     

    Artikel Terkini

    Setel tambah ciri AI Voice Fuelling — Pengaktifan pam minyak tanpa sentuh

    Setel secara rasmi memperkenalkan fungsi baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai Voice Fuelling. Ciri ini membolehkan pengguna mengaktifkan pam minyak...

    Siri Samsung Galaxy Tab S12 kini tersedia di Malaysia dengan MediaTek Dimensity 9500 dan...

    Samsung Malaysia mengumumkan ketersediaan siri tablet terbaharu mereka iaitu Galaxy Tab S12+ dan Galaxy Tab S12 Ultra untuk pasaran tempatan. Peranti datang...

    Liputan 5G U Mobile kini capai 90% kawasan berpenduduk di Malaysia

    U Mobile hari ini secara rasmi mencapai 90 peratus Liputan 5G Kawasan Berpenduduk (CoPA) di seluruh negara. Pelancaran pencapaian dirasmikan oleh Menteri...

    Ryt Bank perkenal sokongan Apple Pay untuk kad fizikal dan maya

    Terkini, Ryt Bank telah melancarkan sokongan rasmi bagi perkhidmatan Apple Pay yang membolehkan pemegang Kad Debit Visa Ryt Bank menambah kad fizikal...

    OpenAI tambah iklan visual dalam ChatGPT akhir bulan ini

    OpenAI bakal menambah format iklan baharu yang dipanggil iklan visual pada platform ChatGPT bermula akhir bulan ini. Ia merupakan pengenalan iklan teks...

    Artikel Berkaitan

    Ulasan / Featured